State level Sugandoi singing contest at KDCA on May 25
25 May 2012
Penampang: The State level Sugandoi Kaamatan singing competition will be held on May 25 this year. Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Supreme Council member cum Organising Committee Chairman Jeoffrey Ekol said the event will be officiated by KDCA President cum State level Kaamatan Celebration Committee Chairman Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. It will be held at the HongKod Koisaan hall starting from 6pm, he said during a press conference on Thursday. According to Jeoffrey, this year's Sugandoi will be the Silver Jubilee of the State level event. He said as such the format will be different this year as the 10 Sugandoi finalists will also be asked to sing new songs created by the State level Sugandoi Kaamatan 2012. "There will be two songs with one song newly composed by our committee. The reason for this is because we want this event to be remembered by the finalists and it is also in conjunction with KDCA's goals to promote Kadazandusun via songs. "We also want to encourage local song composers to compose new Kadazandusun songs as we are not happy with the amount of Kadazandusun songs coming out of Radio Television Malaysia (RTM)." He said there will be three categories; Sugandoi Dazanak (children 13 and under), Songkotoun (veterans) and Kaamatan. "The closing date for registration will be May 17 for Dazanak, May 18 for Songkotuon and the 19 for Kaamatan. Ten finalists will be chosen for Dazanak, seven for Songkotuon and 10 for Kaamatan. "The organisers will also sponsor the 10 finalists to record an album based on the new single songs that they will sing in the competition." (Source Daily Express; Friday, May 11, 2012)
Najib dijangka umum RCI di Sabah sempena Pesta Kaamatan: Maximus
23 May 2012

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam lawatannya ke Sabah sempena Pesta Kaamatan pada bulan depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pengumuman itu dijangka memperincikan bidang tugas dan terma rujukan suruhanjaya siasatan itu, bagi memastikan semua masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah dapat diselesaikan secara komprehensif.

?Perdana menteri akan datang ke Sabah pada 9 Jun sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat kebangsaan. Kami berharap untuk mendengar daripada beliau (Najib) mengenai terma rujukan khusus?RCI?itu,? katanya kepada pemberita selepas pelancaran dan penyerahan watikah pelantikan Majlis Bioetika Negara (MBN) di sini, kelmarin.

Pengumuman pembentukan?RCI?telah lama dinantikan rakyat Sabah dengan desakan lebih kuat kedengaran selepas pengumuman itu dibuat perdana menteri semasa lawatannya ke negeri itu pada Februari lepas.

Isu penubuhan?RCI?itu penting berikutan kebimbangan di kalangan orang awam mahupun badan bukan kerajaan (NGO) di Sabah mengenai kewujudan sindiket haram membuat kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin, yang dikatakan mengakibatkan peningkatan mendadak jumlah rakyat di Sabah.

Jawatankuasa Kewarganegaraan Barisan Nasional Sabah yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebelum ini dipertanggungjawabkan untuk menyediakan terma rujukan atau bidang tugas?RCI.

(Sumber daripada New Sabah Times?23rd May, 2012)

Kolej KDM satu pengiktarafan, kata Pairin
21 May 2012

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan pengwujudan Kolej KadazanDusun dan Murut (KDM) di daerah ini sebagai satu pengiktirafan kepada masyarakat ini oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, pengwujudan kolej?KDM?yang terletak di Skim Kaingaran Tambunan juga menjadi simbol kepada kebanggaan masyarakat ini terutama sekali dari segi kemajuan dan pembangunan budaya dan pendidikan anak-anak negeri Sabah.

?Saya berharap kolej ini akan menjadi satu institusi yang dapat mengembangkan bahasa ibunda masyarakat ini yang telah mula dilupakan di negeri ini.? katanya semasa berucap melancarkan pesta Kaamatan Peringkat daerah di Pisompuruan Square di sini pada Sabtu.

Pairin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan berkata, Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan melakukan upacara pecah tanah pembinaan kolej ini pada 10 Jun depan.

Pada masa sama, beliau juga mengajak rakyat di daerah ini agar dapat hadir di majlis pecah tanah itu selain pelancaran Pesta Kaamatan 1 Malaysia peringkat Kebangsaan yang diadakan di Keningau pada 9 Jun depan.

?Kita amat berbangga kerana daerah Keningau khasnya dan Pedalaman amnya telah dipilih sebagai tuan rumah untuk pelancaran pesta ini bagi peringkat kebangsaan tahun ini dan saya berharap rakyat negeri ini terutama sekali Pedalaman dapat beramai-ramai untuk menghadiri majlis itu.? katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur menyifakan bahawa perayaan Pesta Kaamatan yang ada kaitan dengan kebudayaan masyarakat?KDM?sentiasa berada dan dekat dihati.

Katanya, ini kerana adanya keinginan dan kesedaran untuk maju selain membawa kebaikan kepada masyarakat yang sentiasa ingin berubah cara hidup kepada yang lebih baik.

Menurut beliau, perayaan ini juga membawa transformasi di atas penglibatan baik rakyat dengan rancangan-rancangan kerajaan yang diusahakan bersama.

?Salah satu usaha yang menjadi kepentingan rakyat adalah kemajuan pertanian yang perlu ditingkatkan selain makanan tambahan yang menjadi keperluan harian. Soal pendidikan juga begitu penting yang membolehkan seseorang itu merancang masa depannya.? katanya.

Ahli Parlimen Keningau itu juga turut mencadangkan pihak jawatankuasa penganjur agar hadiah pertandingan hasil pertanian dan penternakan bagi Pesta Kaamatan peringkat daerah Tambunan tahun depan dinaikkan.

Katanya, ini juga merupakan satu penambahbaikan dalam menarik lebih ramai penyertaan daripada petani-petani sekiranya hadiah pertandingan dinaikkan.

Menurut beliau, untuk penternakan pula, turut mendorong kepada petani-petani untuk memelihara ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing yang menjadi sumber pendapatan tetap mereka.

Terdahulu ketibaan Pairin yang disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur yang juga Pegawai Daerah, Thomas Anggor, dan Pengerusi Penyelaras?KDCA?Tambunan, Daniel Datuk Kinsik telah melakukan lawatan ke gerai-gerai pameran, pertandingan hasil pertanian dan penternakan dan kraftangan.

Kira-kira 5,000 orang termasuk Puan Sri Genevieve Kitingan, Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Datuk Dr Yee Moh Chai, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Radin Malleh, pamimpin-pemimpin komponan Barisan Nasional (BN), Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan negeri dan Persekutuan dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan hadir pada majlis itu.

(Sumber daripada New Sabah Times,?21st May, 2012)

Pesta Kaamatan ?pikat? pelancong kunjungi Sabah
21 May 2012

KOTA KINABALU: Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan bulan Mei setiap tahun kini menjadi antara tarikan utama pelancong untuk mengunjungi Sabah.

Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok, berkata ia sekali gus membantu kerajaan meningkatkan industri pelancongan di negeri ini.

?Perayaan ini yang turut mendapat liputan meluas di luar negara dilihat mampu menjana perkembangan dan kemajuan ekonomi negara khususnya dalam pembangunan industri pelancongan yang merupakan antara pen- yumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),? katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena Rumah Terbuka Tadau Kaamatan Upko 2012 di Dewan Serbaguna Tanjung Aru, di sini, kelmarin.

Turut hadir Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirudin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin.

Pesta Kaamatan itu yang dianjurkan Upko bertemakan ?Upko Pemangkin Warisan Budaya?, dihadiri lebih kurang 500 pengunjung.

Dompok yang juga Men- teri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, Tadau Kaamatan iaitu perayaan tradisi suku kaum Kadazandusun Murut juga merupakan platform terbaik mengeratkan hubungan silaturahim selaras dengan gagasan 1Malaysia.

?Sambutan Pesta Kaama- tan yang disambut dalam suasana aman damai ini, ada- lah antara wadah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini khususnya di Sabah.

?Saya berharap apa yang kita jayakan pada tahun ini dapat diperbaiki pada tahun akan datang supaya lebih baik daripada tahun ini,? katanya.

Beliau berkata masyarakat harus mensyukuri nikmat pembangunan dan pembaharuan yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui program transformasi dan kejayaan kerajaan dalam me- nangkis segala tohmahan dan isu-isu berkaitan.

(Sumber daripada New Sabah Times,?21st May, 2012)