PRODUK PELANCONGAN PERLU CAPAI PIAWAIAN MINIMA, KATA PAIRIN
03 Jun 2010
28 April 2010, Rabu TAMBUNAN: Produk pelancongan seperti kraftangan, makanan dan minuman tradisi perlu mencapai piawaian? minimum bagi memastikan produk berkenaan mampu menarik pelancong. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata, kualiti produk berasaskan pelancongan seperti hasil kraftangan, makanan dan minuman tradisi yang menjadi tarikan sempena perayaan Pesya Kaamatan perlu ditambah baik dari semasa ke semasa. Kraftangan seperti alatan muzik ?sompoton? seringkali dibeli oleh pengunjung untuk dijadikan cenderamata yang dibawa balik ke negara mereka, bagaimanapun, produk ini tidak dapat bertahan lama kerana ianya tidak dirawat terlebih dahulu. Buat masa ini belum ada teknologi yang digunakan bagi merawat produk-produk kraftangan ini untuk tujuan mengawet kraftangan ini agar ianya dapat bertahan lama dan rata-ratanya semua produk yang dijual kepada pelancong asing tidak dirawat.? Beliau berkata demikian ketika merasmikan perayaan Pesta Kaamatan peringkat Mukim Nambayan yang diadakan di Balairaya Kampung Mangkatai, dekat sini, baru-baru ini. Turut hadir Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Infrastruktur, Welfredoline Jakil, Pegawai Daerah Tambunan, Thomas Angor, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah, Mathew S Gumpil, Jurutera JKR Daerah, Petrocelli Joseph, Jurutera JPS, Jaffri Bahan, Timbalan Presiden KDCA, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi Perhubungan KDCA Tambunan, Daniel Kinsik, Pemimpin Kemajuan Rakyat, Laiwon Dalus, Ketua Daerah OKK Augustine Badi Kandawai dan Pengerusi Penganjur bersama, Marius Odong dan Edwin Danis. Selain itu katanya, makanan dan minuman tradisi serta buah-buahan tempatan semakin dilupakan kerana hari ini kita lebih suka kepada makanan import seperti apple, orange dan anggur kerana banyak dipengaruhi oleh iklan di televisyen. Daripada kajian mendapati, buah-buah tempatan seperti ?lampun? atau lebih dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai durian belanda (soursop) mempunyai khasiat yang tinggi dipercayai mampu melawan penyakit kanser. Begitu juga dengan tanaman makanan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi yang menjadi penawar pelbagai penyakit secara turun-temurun juga semakin dilupakan kerana kita terlalu banyak bergantung kepada ubat-ubatan moden yang dijual di farmasi mahupun yang diberikan oleh pihak hospital. Produk tempatan yang mempunyai permintaan tinggi adalah produk makanan ?tuhau? yang seringkali menjadi hidangan pembuka selera bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi juga kepada masyarakat luar. Bersempena dengan tahun Inovasi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, kita mahu agar kajian akan lebih banyak ditumpukan untuk memastikan segala produk tempatan mampu memberikan manfaat bukan sahaja dari segi nilai komersil tetapi juga mempunyai nilai kesihatan. Justeru, Pairin meminta kepakaran daripada pihak MOSTI dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk membuat kajian bagaimana untuk merawat produk kraftangan kita agar bleh bertahan lama.? Begitu juga dengan buah-buah tempatan kita, selain mengkaji nutrisi dan khasiat yang terkandung, industri hiliran berasaskan buah-buah dan makanan tempatan perlu diperbanyakkan untuk tujuan pasaran tempatan mahupun tujuan eksport. Tamat.. Disediakan oleh:- Francis Au Setiausaha Akhbar Kepada Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah
MASYARAKAT KADAZANDUSUN SEMAKIN NIKMATI KEHIDUPAN BERKUALITI
03 Jun 2010
27 April 2010, Selasa KENINGAU: Masyarakat Kadazandusun yang kebanyakkan mendiami kawasan Pedalaman di negeri ini semakin menikmati kehidupan yang lebih baik dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin menjelaskan, berbanding dengan zaman dahulu kehidupan masyarakat di pedalaman kini semakin bertambah baik dengan pelbagai kemudahan menerusi kerajaan sekarang di pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Pelbagai kemudahan seperti Hospital, Institut Perguruan bertaraf Universiti, akses pendidikan berkualiti, klinik, jalanraya, bekalan air bersih serta kemudahan lain yang dibina Kerajaan untuk kemudahan penduduk di Pedalaman. Menteri Pembangunan Infrastruktur itu berkata, Kerajaan sekarang lebih fokus terhadap perancangan sama ada pelan jangka pendek mahupun pelan jangka panjang yang sedang dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan. Selain perancangan Kerajaan negeri menerusi pelan Koridor Pembangunan Negeri Sabah (SDC), negeri kita juga amat bertuah kerana Kerajaan Persekutuan juga member penekanan terhadap pembangunan di kawasan pedalaman ini melalui Bidang Keberhasilan Negara (NKRA). Beliau berkata demikian ketika merasmikan perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Liawan yang diadakan di Balai Budaya Kampung Keningau, dekat sini, kelmarin. Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Sairin Haji Karno, mantan Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Bernard S Maraat, Setiausaha Agung KDCA, Suman Yasambun, Penolong Pegawai Daerah, George Ganabau, Ketua Daerah Keningau, OKK Majabin Dalinus dan Pengerusi Penganjur, Magdalene Sandy. Menteri Infrastruktur itu berkata, dalam pelan SDC itu sendiri akan mengubah kawasan pedalaman ini menjadi sebuah daerah yang maju dan Pekan Keningau itu sendiri akan menjadi sebuah Bandaraya di Sub-Wilayah Pedalaman. Bagaimanapun katanya, Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau mahu masyarakat di Pedalaman berpuas hati dengan apa yang dicapai sekarang meskipun berlaku peningkatan taraf hidup penduduk di kawasan ini. Sebaliknya, penduduk di Pedalaman haruslah bijak mengambil peluang yang disediakan oleh Kerajaan, bertindak proaktif untuk terlibat sama dalam pembangunan dan bukannya menjadi penonton kepada kemajuan ini sahaja. Bagi memastikan generasi akan datang mampu memperlehi kehidupan yang lebih baik, pendidikan harus menjadi agenda dan keutamaan kepada ibubapa untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada mereka. Kita tidak boleh ketinggalan dalam arus pembangunan yang semakin rancak berlaku ini. Pembangunan fizikal itu sendiri tidak akan mempunyai apa-apa makna jika modal insan kita diperkasakan terlebih dahulu bagi memastikan penduduk di Pedalaman mempunyai daya saing dalam apa juga bidang di masa akan datang.
Tamat.
Disediakan Oleh:
Francis Au,
Setiausaha Akhbar Kepada Timbalan Ketua Menteri /
Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah
PESTA KAAMATAN MATUNGGONG PAMER KEUNIKAN BUDAYA SUKU KAUM RUNGUS
03 Jun 2010
14 Mei 2010, Jumaat MATUNGGONG: Perayaan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Kecil Matunggong agak berbeza dengan sambutan perayaan di tempat lain yang menampilkan keunikan suku kaum Rungus yang amat terkenal dengan kebudayaan mereka yang asli dan tidak ditelan zaman. Pakaian tradisional mereka adalah hasil tenunan tangan mereka sendiri yang diperbuat menggunakan kapas daripada buah pokok kapok dengan latar belakang kain hitam sarat dengan manik-manik yang direkacipta sendiri dipakai oleh wanita Rungus sungguh indah dipandang. Manakala, kaum lelaki Rungus pula berpakaian tradisi dilengkapi dengan sandai atau sopilang (kain panjang dipakai bersilang), hokos (tali pinggang kain yang biasanya berwarna merah,hijau dan kuning), sigar (tengkolok) dan baduh (baju atau kain sarung). Mereka mempersembahkan tarian Sumundai Mongigol iaitu tarian suku kaum Rungus ditarikan oleh seorang lelaki dan beberapa orang perempuan. Tarian yang dinamakan Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong dan apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus. Kaum Rungus adalah yang paling lambat menerima adaptasi pengaruh luar menjadikan kaum ini begitu unik sekali. Kejayaan masyarakat ini dalam mengekalkan identiti dan kebudayaan mereka dalam zaman yang serba moden ini wajar diberikan pujian, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Berucap di majlis perasmian perayaan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Kecil Matunggong yang diadakan di Perkarangan Tamu Matunggong, kelmarin, berliau berkata, keunikan suku kaum ini telah meletakkan kaum ini begitu terkenal di mata dunia sekaligus meletakkan daerah Matunggong ini sebagai salah satu destinasi pelancongan etno-tourism yang begitu terkenal di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa. Kemampuan suku kaum Rungus dalam mengekalkan kebudayaan dan identiti menjadikan kaum mereka unik sekaligus yang menjadi produk pelancongan di negeri ini yang cukup terkenal malahan menjadi khazanah negara yang cukup berharga. Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun itu berkata, kaum Rungus perlu berbangga di atas kejayaan ini dan saya mahu agar identiti dan kebudayaan suku kaum Rungus terus dikekalkan dan usaha-usaha perlu dilakukan agar khazanah ini turut diwarisi oleh generasi muda. Kaum Rungus, bukan sahaja terkenal dengan kekayaan warisan seni dan kebudayaan tetapi juga kreativiti hasil tangan mereka yang sungguh cantik seperti gubahan manik, rinago dan sebagainya. Keunikan budaya, cara hidup dan adat resam suku kaum Rungus masih boleh dilihat di Rumah Panjang Rungus yang dipamerkan bersempena perayaan Pesta Kaamatan ini. Dalam pada itu, Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur menjelaskan, tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur di Matunggong tidak pernah diabaikan dan banyak projek pembangunan di daerah ini yang telah dan sedang dilaksanakan.? Pairin turut mengumumkan pembinaan sebuah Dewan dan Perpustakaan di Pekan Matunggong yang dijangka akan dimulakan pembinaannya pada tahun ini juga. Pembangunan yang pesat di Daerah Kecil Matunggong ini adalah hasil sokongan rakyat dan keprihatinan kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya masyarakat Rungus di sini agar seiring dengan pembangunan negara. Turut hadir Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Herbert Timbon Lagadan, ADUN Kawasan Kundasang, Dr. Joachim Gunsalam, ADUN Kawasan Tandek, Anita Baranting, ADUN Kawasan Matunggong, Sarapin Magana, Pegawai Daerah Kudat, Sebastian Lim, Pegawai Daerah Kota Marudu, Lovita Koisun dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong, Arnold Joibi. Tamat.
Disediakan Oleh:
Francis Au
Setiausaha Akhbar Kepada
Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah
PESTA KAAMATAN PERAYAAN TERPENTING NEGARA UNTUK SATUKAN RAKYAT
03 Jun 2010
24 Mei 2010, Isnin KUALA PENYU: Pesta Kaamatan merupakan antara enam pesta rakyat Malaysia yang telah diisytiharkan Kerajaan Persekutuan sebagai perayaan negara sekaligus menempatkan kaum Kadazandusun sebagai komponen terpenting dalam masyarakat majmuk negara ini. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata, keharmonian kaum yang kita kecapi sekarang ini, khususnya di negeri ini terus terus dipelihara dan Pesta Kaamatan merupakan perayaan yang menjadi landasan kukuh untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Kerajaan Negeri telah sekian lama mengiktiraf perayaan ini sebagai perayaan rasmi negeri Sabah dan menyedari akan kebaikkan ini, kerajaan persekutuan turut mengiktiraf sekaligus mengangkat perayaan ini sebagai perayaan kebangsaan. Perayaan Pesta Kaamatan merupakan kebudayaan Kadazandusun untuk menyatakan rasa kesyukuran yang diraikan pada setiap tahun. Namun pada hari ini, Pesta Kaamatan turut dirayakan oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama. Beliau berkata demikian ketika merasmikan perayaan Pesta Kaamatan pringkat daerah Kuala Penyu yang diadakan di Dewan Datuk Syahbandar Makang, dekat sini, baru-baru ini. Turut hadir Datuk Seri Panglima Dr Lajim Haji Ukin, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik John Teo Mao Sing, Adun Kuala Penyu, Datuk Wences Anggang, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah, Sebastian Dirih Anjim, Pengerusi Penyelaras KDCA Kuala Penyu dan Encik Edmund Teo, selaku Pegawai Daerah Kuala Penyu merangkap pengerusi jawatankuasa perayaan Pesta Kaamatan peringkat daerah Kuala Penyu tahun 2010. Ini menunjukkan bahawa sebenarnya masyarakat kita di negeri sabah mempunyai perpaduan yang kuat dan persefahaman yang kukuh. Perpaduan dan persefahaman ini perlu kita pupuk dan pelihara kerana ianya adalah merupakan kekuatan kita yang perlu kita semai dan tunjukkan dalam apa jua perkara dan program yang kita adakan di negeri ini. Perayaan Pesta Kaamatan ini bukan sahaja penjaga kepada heharmonian kaum di negeri ini tetapi juga menjadi aset berharga kepada industri pelancongan di negeri ini amnya dan di daerah khasnya, sebagai tambahan kepada produk pelancongan yang ada di daerah masing-masing. Justeru itu katanya, masyarakat setempat perlu meyokong sambutan perayaan Pesta Kaamatan di peringkat daerah masing-masing untuk mempertunjukkan keunikan kebudayaan suku kaum di daerah berkenaan. Tamat.
Disediakan Oleh:
Francis Au
Setiausaha Akhbar Kepada
Timbalan Ketua Menteri Sabah / Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah
LEBIH SETENGAH JUTA PELANCONG KUNJUNGI RANAU TAHUN LALU
03 Jun 2010
24 Mei 2010, Isnin RANAU: Daerah Ranau amat bertuah kerana mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh daerah lain. Gunung kinabalu yang terkenal dengan pemandangannya yang merupakan tapak warisan dunia dan kolam air panas di poring merupakan daya penarik utama kepada pelancong tidak kira pelancong dari? dalam atau luar negara. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata, Mengikut rekod Taman-Taman Sabah, pengunjung ke Kinabalu Park Kundasang telah meningkat daripada 172,856 pada tahun 2002 kepada 252,254 pada tahun 2009 dan di taman Kolam Air Panas Poring pula daripada 202,998 pada tahun 2002 kepada 278,300 pada tahun 2009. Jumlah pelancong ke daerah ini dijangka akan terus meningkat kerana daerah ini mempunyai banyak kawasan pelancongan yang begitu menarik untuk dilawati seperti? Taman Negara Kinabalu, Taman Kolam Air Panas Poring, Tugu Peringatan? Kundasang, Tugu Peringatan Nunuk Ragang, Tagal Ikan Kg. Luanti Baru dan Laluan Perjalanan Maut (Death March Trail). Saya yakin ramai lagi yang tidak dapat direkodkan. Sekiranya bilangan sebenar dapat dikumpulkan maka sudah tentu ia akan menunjukkan bahawa peningkatan kedatangan pelancong ke daerah ini adalah amat menggalakkan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan perayaan Pesta Kaamatan peringkat daerah Ranau tahun 2010 yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau, dekat sini, kelmarin. Turut hadir Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Siringan Gubat, Ahli Parlimen Kawasan Ranau, Dr Joachim Gunsalam, Adun Kundasang, Haji Faimin Kamin, Pegawai Daerah Ranau, Dr. Othman Minudin Naib Presiden KDCA. Menyedari akan hakikat di atas, saya menyarankan supaya para penduduk di daerah ini dapat mencari jalan atau ikhtiar untuk memanfaatkan peluang-peluang yang timbul akibat kemungkinan pertambahan jumlah pelancong ke daerah Ranau. Penduduk tempatan boleh mempraktikkan program Inap Desa atau Homestay yang sedang giat digalakkan oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bersama Kementerian Pelancongan Malaysia. Program ini menggalakkan para pelancong tinggal bersama kita seberapa lama yang mereka mahu dengan hanya perlu membayar sewa rumah termasuk belanja makan yang minima. Saya difahamkan bahawa cara penginapan seperti ini amat digemari oleh pelancong-pelancong luar terutamanya pelancong dari Eropah yang ingin meikmati suasana tinggal di Kampung. Disamping itu, kita juga boleh meningkatkan pengeluaran kraftangan yang unik di daerah ini. Sehubungan dengan itu, saya meminta pihak KEMAS daerah dan pihak pengurusan kraftangan di Kampung Matan, Ranau serta jabatan-jabatan yang berkenaan supaya terus berusaha melatih lebih ramai orang untuk menjadi pembuat kraftangan yang mahir. Saya juga ingin menekankan bahawa kraftangan yang? bakal dihasilkan nanti mestilah mempunyai kualiti dan menarik perhatian para pelancong untuk membelinya. Kalau boleh, kraftangan itu biarlah berdaya tahan, berkualiti dan mungkin juga tidak terlalu besar untuk memudahkan pelancong membawa kraftangan tersebut. Sebagai tambahan kepada program berkenaan, kita juga boleh menghidupkan semula persembahan atau tarian kebudayaan tempatan. Dalam hal ini, saya berharap agar pihak pejabat kebudayaan belia dan sukan Ranau akan mengambil peranan yang penting dalam menghidupkan semula budaya-budaya tempatan yang hampir pupus kerana telah diabaikan oleh masyarakat kita. Pihak badan-badan Kebudayaan dan badan-badan belia haruslah berusaha untuk mendapatkan dan mencungkil budaya di setiap mukim, kampung di daerah ini. Dengan menghidupkan semula budaya kita, kita bukan sahaja dapat memastikan budaya kita terus di minati dan diguna pakai oleh generasi muda malah ia juga boleh digunakan sebagai daya penarik para pelancong dan sekaligus membuka peluang pekerjaan untuk belia-beliawanis kita. Dalam pada itu, mantan Menteri Kerja Raya Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Gilong yang berasal dari Kampung Lingkudau, Ranau menerima Anugerah Luguan Kaamatan (Tokoh Kaamatan) daripada pemimping Agung Kadazandusun, Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan sempena perayaan Pesta Kaamatan peringkat daerah Ranau. Tamat.
Disediakan Oleh:
Francis Au
Setiausaha Akhbar Kepada
Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah
KHAZANAH WARISAN KADAZANDUSUN SEMAKIN DIANCAM KEPUPUSAN, KATA PAIRIN
03 Jun 2010
28 Mei 2010, Jumaat TAMBUNAN: Khazanah kebudayaan dan warisan Kadazandusun mungkin akan diancam kepupusan di masa akan datang sekiranya tiada usaha dilakukan untuk memelihara dan memulihara kebudayaan ini termasuklah ketiadaan rekod berkualiti. Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Sabah (KDCA) yang juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata, Ketiadaan rekod ini menimbulkan kekuathiran bahawa dalam sedikit demi sedikit banyak warisan kesenian dan kebudayaan masyarakat Kadazandusun lenyap ditelan masa dan akhirnya akan hilang begitu sahaja jika tiada usaha dilakukan untuk memelihara dan memulihara khazanah ini. Pairin yang menyampaikan ucapan dalam dielek Dusun-Tambunan berkata, tugas ini tidak harus diletakkan kepada Kerajaan melalui Jabatan Muzium mahupun Lembaga Kebudayaan semara-mata dalam usaha mengekalkan dan memperturunkan kebudayaan dan warisan masyarakat Kadazandusun . Sebagai pemunya kepada bangsa dan warisan ini, tanggungjawab ini haruslah dipikul bersama dan mana-mana pihak yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkenaan kebudayaan dan kesenian suku kaum etnik Kadazandusun haruslah mengambil langkah untuk membuat dokumentasi sama ada dalam bentuk bertulis, audio ataupun visual untuk tatapan generasi akan datang. Beliau berkata demikian ketika merasmikan perayaan Pesta Kaamatan peringkat Kampung Karanaan, Tambunan yang diadakandi Balairaya Kampung Karanaan, pagi tadi.? Turut hadir Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Infrastruktur, Welfredoline Jakil, Timbalan Presiden KDCA, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pemimpin Kemajuan Rakyat, Laiwon Dalus, Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran, Salahudin Tahir dan Pengerusi JKKK Kampung Karanaan, David Suman Kassin. Sempena sambutan perayaan Pesta Kaamatan ini merupakan ruang dan peluang yang harus dipergunakan sepenuhnya untuk mengatur pelbagai aktiviti yang menjurus kepada menyemai semangat cintakan warisan dan kebudayaan. Katanya, aktiviti yang dianjurkan tidak hanya tertumpu kepada acara berbentuk hiburan semata-mata tetapi program-program kebudayaan dan keseniaan haruslah diperbanyakkan dan haruslah melibatkan lebih banyak golongan muda kerana mereka adalah penyambung warisan. Pertandingan seperti magagong, manangon, tari-tarian tradisi dan sebagainya perlu diperbanyakkan kerana sudah ramai diantara generasi muda hari ini sudah tidak pandai bermain alatan muzik tradisonal, dan termasuklah juga ramai diantara mereka yang tidak fasih berbahasa ibunda Kadazandusun. Tamat.
Disediakan Oleh:
Francis Au
Setiausaha Akhbar Kepada
Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah
KAUM WANITA PUNYA PERANAN PENTING DALAM MASYARAKAT KADAZANDUSUN
03 Jun 2010
28 Mei 2010, Jumaat KOTA KINABALU: Golongan wanita mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting dalam sistem masyarakat Kadazandusun sejak zaman dahulu sehinggalah hari ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Huguan Siou berkata, pada zaman dahulu wanita mempunyai kedudukan yang istimewa dalam susun lapis masyarakat Kadazandusun dan telah memegang peranan yang penting seperti ?bobolian?. Selain menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, golongan wanita tertentu diberikan peranan sebagai ?bobolian? bagi menjalan pelbagai ritual dan antaranya adalah ?Magavau? sempena sambutan Pesta Kaamatan sebagai ucapan tanda syukur kepada ?Konoingan?. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sodop Pintutunan yang diadakan di Hotel Imperial, dekat sini, semalam. Turut hadir Konsul Jeneral Jepun, Kazuyoshi Yamaguchi, Konsul Jeneral Indonesia, Bapa Soepeno Sahid, Timbalan Presiden KDCA, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Richard Bainun dan Setiausaha Agung KDCA, Encik Suman Yasambun. Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) menjelaskan, pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan yang menjadi sebagai acara terpenting dan paling mendapat perhatian dalam sambutan mana peringkat perayaan Pesta Kaamatan adalah sebagai simbolik kepada pemilihan lagenda Huminodun. Menurut Lagenda Kadazandusun yang disampaikan secara lisan sejak turun-temurun menceritakan tentang pengorbanan seorang gadis yang bernama Huminodun dalam menyelamatkan kaum Kadazandusun daripada mati kebuluran dan melalui tubuh beliau yang dikorbankan itu tumbuh pelbagai tanaman makanan seperti padi. Justeru, sambutan perayaan diadakan setiap tahun bagi menyatakan kesyukuran kepada Kinoingan dan dalam masa yang asam memuja semangat ?bambarayon? yang memberikan hasil kepada hasil tanaman khususnya padi. Sementara itu, seramai 41 Unduk Ngadau mewakili daerah dan daerah kecil dari seluruh Negeri Sabah, termasuk perserta dari? Klang Valley dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mendaftarkan diri semalam. Pertandingan akhir Unduk Ngadau Kaamatan peringkat negeri akan diadakan pada 31 Mei, bertempat di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang yang akan disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Hajah Dayang Masuyah Binti Awang Japar. Tamat. Disediakan Oleh: Francis Au Setiausaha Akhbar Kepada Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah