Official Dialect

PERISYTIHARAN PERSETUJUAN

DIALEK BUNDULIWAN SEBAGAI DIALEK ASAS PEMIAWAIAN DAN PEMBAKUAN BAHASA KADAZANDUSUN

DI ANTARA

KADAZAN DUSUN CULTURAL ASSOCIATION

DAN UNITED SABAH DUSUN ASSOCIATION

BAHAWASANYA Jawatankausa Majlis Perunding Bahasa Kadazandusun (MPBK), yang telah dibentuk di antara Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah (KOISAAN) dan Persatuan Dusun Sabah (USDA), pada hari ini 11 bulan April, 1995 dengan ini bersetuju:-

  1. Menggunakan Dialek BUNDULIWAN sebagai dialek asas pemiawaian dan pembakuan Bahasa Kadazandusun dalam penulisan dan pertuturan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Ibunda Pelajar [Pupil’s Own Language (POL)].

  2. Dialek BUNDULIWAN akan terus diperkayakan oleh dialek-dialek lain yang terdapat di dalam rumpun Bahasa KADAZANDUSUNIK dan PAITANIK.

  3. Untuk mengemaskinikan perkembangan Bahasa KADAANDUSUN, satu badan perunding yang dipanggil MAJLIS PERUNDING BAHASA KADAZANDUSUN SABAH (MPBK) dibentuk berfungsi sebagai sebuah badan rujukan di dalam aspek-aspek ejaan, penggunaan perkataan yang piawai, penerapan perkataan-perkataan dari dialek-dialek lain di dalam rumpun Bahasa KADAZANDUSUNIK, PAITANIK dan bahasa-bahasa asing ke dalam Bahasa KADAZANDUSUN.

PERISYTIHARAN PERSETUJUAN ini dibuat berasaskan faktor-faktor berikut:-

  1. Pada umumnya, dialek BUNDULIWAN, sebagai dialek asas dalam pembentukan Bahasa KADAZANDUSUN, menerima kurang bantahan, jika dibandingkan dengan dialek-dialek yang lain, dari wakil-wakil kumpulan utama etnik berdialek KADAZANDUSUNIK dain PAITANIK, yang hadir di dalam simposium “Towards standardisation of Kadazan Language” yang telah diadakan di Hotel Perkasa, Kundasang pada 1?hb Januari, 1989.

  2. Dialek Bunduliwan telah dikenalpasti oleh pakar-pakar penyelidik Bahasa, khususnya Summer institute of Linguistic (SIL) sebagai dialek yang mempunyai “Intelligibiliti” yang tertinggi di antara dialek-dialek yang terdapat di dalam rumpun Bahasa Kadazandusunik dan Paitanik.

  3. Dari segi geografikal, dialek BUNDULIWAN diguna dan ditutur dengan lebih meluas oleh kalangan Multi-Etnik Kadazandusunik dan Paitanik, jika dibandingkan dengan dialek-dialek yang lain, khususnya di daerah Apin-Apin, Bundu Tuhan, Inanam, Kota Belud, Kota Marudu, Keningau, Kinarut, Kiulu, Kundasang, Lingkabau, Menggatal, Paitan, Ranau, Sook, Tambunan, Tamparuli, Telipok, Telupid, Tongod, Tuaran, Ulu Kinabatangan, Ulu Penampang dan Ulu Papar.

      Kejayaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun di sekolah-sekolah sebagai Bahasa Ibunda Pelajar, adalah bergantung kepada banyaknya permohonan (tidak kurang lima belas ibubapa pelajar) supaya bahasa itu diajar di sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, penggunaan dan pertuturan dengan dialek-dialek BUNDULIWAN yang lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan dialek-dialek lain dalam rumpun bahasa Kadazandusunik dan Paitanik, sekurang-kurangnya akan dapat membantu menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun.

PERISYTIHARAN PERSETUJUAN ini dibuat oleh KOISAAN dan USDA dan disaksikan oleh mereka yang bertandatangan seperti di bawah ini:-

 

Ditandatangani oleh:

Presiden KDCA

[SIGNED]
HS DK. JOSEPH PAIRIN DK. KITINGAN
Tarikh: 11-4-1995

Disaksikan oleh:

[SIGNED]
BENEDICT TOPIN
SETIAUSAHA AGUNG KDCA

 Ditandatangani oleh:

Presiden USDA

[SIGNED]
DK. MARK KODING
Tarikh: 11-4-1995

Disaksikan oleh:

[SIGNED]
RAYMOND BOIN TOMBUNG
SETIAUSAHA AGUNG KDCA