Pesta Kaamatan 2022 akan dilancarkan di Keningau

KOTA KINABALU: Daerah Keningau telah dipilih sebagai tempat pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan pada 1 May, 2022 yang bertemakan “Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi”.

Ini diputuskan semasa mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022 yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan di sini hari ini.

Dr. Jeffrey berkata, perayaan Pesta Kaamatan adalah platfom untuk mengekalkan budaya dan adat istiadat kaum Kadazan Dusun Murut (KDM) terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Di samping itu, katanya, Pesta Kaamatan berupaya untuk mempromosikan pelancongan di negeri ini melalui pelbagai program yang melibatkan kebudayaan serta tempat-tempat yang menarik.

 
(Sumber daripada: Warta Oriental, February 23, 2022) 
 
 
 
 




Back