CAWANGAN-CAWANGAN KDCA DIINGATKAN AGAR MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TRI-TAHUNAN DENGAN SEGERA, SETIAUSAHA AGUNG

PENAMPANG: Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) bakal mengadakan Persidangan Tri-Tahunan bagi memilih Ahli Jawatankuasa bagi Sesi 2022-2025 yang baru  memandangkan tempoh sesi Jawatankuasa yang sedia ada akan berakhir tahun ini.

Setiausaha Agung KDCA, Gundohing Suman Yasambun menjelaskan bahawa persidangan Tri-Tahunan ini dijadual berlangsung pada 19hb-20hb Mac 2022 bertempat di Hongkod Koisaan KDCA, Penampang.

Sebanyak 282 cawangan KDCA termasuk Penyelaras Ahli Bebas KDCA Klang Valley, Johor Bahru, Pulau Pinang, Perak dan Melaka dijangkakan akan mengambil bahagian dalam persidangan ini nanti.

Sehubungan dengan itu, semua Badan-badan Penyelaras Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Bebas KDCA (Un-attached KDCA Members) diingatkan agar mengadakan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Cawangan masing-masing dengan segera. 

Tambahnya lagi, Laporan Minit Mesyuarat cawangan masing-masing serta borang pencalonan harus sampai ke ibu pejabat KDCA selewat-lewatnya pada 17hb Januari 2022. 

Beliau juga menegaskan bahawa kegagalan setiap cawangan KDCA untuk berbuat demikian akan mengakibatkan cawangan berkenaan tidak layak menyertai Persidangan Delegasi Tri-Tahuanan KDCA kali ke-15 ini. 

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Kerja KDCA (Pn. Angeline Boilis), Pn Maureen Inoh atau Puan Munam Charles ditalian 088-713 696 pada waktu pejabat atau emailkan kepada kdcahq@gmail.com

Tamat. 

Disediakan Oleh:

 

Gun. Suman Yasambun

Setiausaha Agung KDCA

 




Back