KDCA buat laporan polis terhadap kenyataan Marcel Jude
PENAMPANG: Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah (KDCA) membuat laporan polis hari ini berhubung dengan kenyataan peguam Marcel Jude yang menyamakan Pertandingan Unduk Ngadau dengan ‘pertunjukkan lembu esotik’. |
Setiausaha Agung KDCA Suman Yasambun berkata laporan polis tersebut dibuat oleh beliau bersama Pengerusi Majlis Wanita KDCA Joanna Datuk Kitingan and Pengerusi Belia KDCA Steve Johnny Mositun. |
Katanya, Marcel Jude dalam kenyataannya yang menyamakan Pertandingan Unduk Ngadau yang dirayakan oleh masyarakat Kadazandusun (KDMR) seperti pertunjukan lembu eksotik di dalam hujahnya sebagai alasan mendapat pembebasan ikat jamin untuk anak guamnya Philip Among. |
“Sejak timbulnya kenyataan tersebut, yang jelas menunjukkan satu kenyataan provokasi terhadap masyarakat KDMR yang dianggap sebagai menghina masyarakat KDMR. KDCA telah mendapat laporan yang merupakan bantahan daripada semua lapisan masyarakat KDMR terhadap kenyataan peguam tersebut dan mendesak KDCA mengambil tindakan terhadap peguam tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini. |
Katanya, masyarakat KDMR dibawah naungan KDCA mempunyai 40 suku kaum dan merupakan masyarakat yang mempunyai adat resam yang bersopan santun dan cintakan perdamaian, hidup harmoni dengan kaum-kaum yang lain tanpa menganggu gugat mana-mana kaum di Sabah. |
“Tahap toleransi masyarakat KDMR amatlah tinggi untuk mencerminkan bahawa kami tidak mahu campur hal soal budaya kaum-kaum yang lain. Demikian juga kami masyarakat KDMR tidak mahu mana-mana pihak ingin mencampuri apa lagi memperlekeh urusan soal hak budaya kami,” katanya. |
Tambahnya, peristiwa penganjuran Unduk Ngadau baru-baru ini menjadi titik hitam kepada masyarakat KDMR dimana seorang personality yang bernama Philip Among telah dituduh mencabul kehormatan seorang peserta Unduk Ngadau yang menjadi kes Mahkamah sekarang ini. |
“Peristiwa ini telah menimbulkan kemarahan daripada masyarakat KDMR. Belum pun perkara tuduhan tersebut diputuskan di Mahkamah, Peguam Philip Among mengeluarkan kenyataan bahawa Unduk Ngadau ialah seperti “The UNK contest is not about women, it is just a contest, it doesn’t incorporate all women, whatever their talents and skills and education and abilities but it is nothing more than an exotic cattle show and almost feel like an auction show. There is nothing outstanding about these women and there [are] more women outstanding outside but they don’t get to be the contestants. The UNK is a throw back to a former period where women are only objects of desire to be paraded around in an extravagant pet show”. Penghinaan ini samalah seperti “rubbing salt to the injury” kepada masyarakat KDMR. |
“Justeru itu walaupun masyarakat KDMR mempunyai tolerensi yang tinggi akan tetapi kita juga mempunyai had yang harus dihormati oleh semua kaum lain. |
“Marcel Jude sebagai seorang peguam telah melangkaui batas tugas profesionnya sebagai seoarang peguam dengan menyerang masyarakat KDMR melalui hujahnya yang sangat memalukan dan menghina Pertandingan Kebudayaan Unduk Ngadau. |
“Laporan polis pada hari ini mengingatkan bahawa KDCA tidak berdiam diri untuk menggunakan semua saluran yang dibenarkan oleh undang-undang untuk menuntut keadilan sebagai jalan penyelesaian. |
“Kita juga meminta pihak polis untuk membuat siasatan dan tindakan yang berpatutan terhadap penama tersebut yang dianggap oleh masyarakat KDMR sebagai cubaan menimbulkan kemarahan yang kalau tidak dikawal mungkin akan menimbulkan kekacauan ketenteraman awam,” katanya. |
Dimasa yang sama, KDCA sedang mengkaji tindakan-tindakan yang berpatutan, selepas mendapat nasihat peguam-peguam dari suku kaum KDMR. |
Back