CAWANGAN-CAWANGAN KDCA DIINGATKAN AGAR MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TRI-TAHUNAN DENGAN SEGERA, SETIAUSAHA AGUNG

PENAMPANG: Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) bakal mengadakan Persidangan Tri-Tahunan bagi memilih Ahli Jawatankuasa bagi Sesi 2018-2021 yang baru  memandangkan tempoh sesi Jawatankuasa yang sedia ada akan berakhir tahun ini.

Setiausaha Agung KDCA, Datuk Ir. John Anthony menjelaskan bahawa persidangan Tri-Tahunan ini dijadual berlangsung pada 3hb-4hb November 2018 bertempat di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang.

Sebanyak 638 cawangan KDCA termasuk Penyelaras Ahli Bebas KDCA Klang Valley Johor Bahru dan Pulau Pinang serta Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan dijangkakan akan mengambil bahagian dalam persidangan ini nanti.

Sehubungan dengan itu, semua Badan-badan Penyelaras Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Bebas KDCA (Un-attached KDCA Members) diingatkan agar mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan masing-masing dengan segera. 

Tambahnya lagi, Laporan Minit Mesyuarat cawangan masing-masing serta borang pencalonan harus sampai ke ibu pejabat KDCA selewat-lewatnya pada 31hb Julai ini. 

Beliau juga menegaskan bahawa kegagalan setiap cawangan KDCA untuk berbuat demikian akan mengakibatkan cawangan berkenaan tidak layak menyertai Persidangan Delegasi Tri-Tahuanan KDCA kali ke-14 ini. 

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Penganjur KDCA, Gundohing John Paujik atau Setiausaha Kerja KDCA, Cik Bervely Judin atau Puan Munam Charles ditalian 088-713 696 pada waktu pejabat atau emailkan kepada kdcahq@gmail.com

Tamat. 

Disediakan Oleh:

 

Datuk Ir. John Anthony

Setiausaha Agung KDCA

 




Back