KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan melahirkan perayaan terharu diatas sokongan semua pihak yang telah menjayakan sambutan perayaan Pesta Kaamatan Negeri Sabah yang telah disambut pada 30 dan 31 Mei yang lepas.
Saya bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli jawatankuasa yang mengambil peranan dan memberikan kerjasama sehingga menjayakan sambutan perayaan Pesta Kaamatan Negeri Sabah yang lepas.
Sama ada pihak penaja, Ahli Jawatankuasa termasuklah orang ramai yang telah memberikan sokongan semuanya telah memastikan perayaan ini sebagai satu kejayaan yang besar. Ucapan terima kasih juga saya tujukan khusus kepada para penderma seperti DiGi, Nestle, Bernas dan Carlsberg. Beliau berkata demikian di Majlis Makan Malam Penghargaan Jawatankuasa Pelaksana dan Koordinasi Perayaan Pesta Kaamatan Negeri Sabah Tahun 2011 yang diadakan di Chinese Restaurant D’ Junction, Kota Kinabalu, semalam.
Selain itu, peranan pihak media juga amat penting dalam mewarwar dan mempromosikan perayaan ini sebelum, semasa dan selepas perayaan tersebut berlangsung. Memang tidak dinafikan bahawa sokongan daripada pihak media seperti RTM dan para wartawan yang banyak membantu dalam mempromosikan perayaan ini. Semuanya mempunyai peranan, setiap satunya mempunyai peranan yang amat signifikan dalam menjayakan perayaan ini.
Apapun juga, perayaan yang kita rayakan di negeri ini telah membawa seluruh masyarakat ke arah perpaduan. Masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi fahaman politik, kepercayaan agama, kebudayaan dan sebagainya melalui perayaan ini telah datang bersama-sama merayakan perayaan ini.
Melalui perayaan ini juga, penyertaan dan kehadiran para pelancong, pelabur, pencinta budaya, pemain industri pelancongan sudah tentunya menyumbang kepada pembangunan negeri khususnya dalam sektor pelancongan.
Perayaan ini adalah cukup penting mengambil kira sumbangan yang signifikan dan amat penting ke arah pembangunan dan penjanaan ekonomi negeri sabah dan juga Malaysia pada amnya. Penyertaan semua pihak memberi makna yang sungguh besar dan mendalam kepada kami sebagai masyarakat Kadazandusun dan juga selaku jawatankuasa perayaan ini. Malahan, lebih besar daripada itu, saya andaikan ianya juga meyumbang kepada kemakmuran negeri, negara, bangsa dan kepada anak cucu serta kepada generasi akan datang.
Pairin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2011 turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Jawatankuasa Pelaksana sambutan berkenaan. Kita telah mencapai objektif penganjuran ini dan pada saya ianya lebih dari mencapai objektif kecil melalui tema yang kita tetapkan. Saya menerima banyak respon daripada sahabat handai, rakan dalam negeri mahupun dari luar negara yang memuji penganjuran kita ini sebagai seuatu yang amat bermakna dan berinformasi.
Pairin yang juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) turut mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan Kerajaan Negeri, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman diatas kepercayaan menganjurkan perayaan yang cukup besar dan penuh bermakna ini. Penganjuran ini juga terbukti berjaya, yang mana dapat kita lihat setiap tahun. Bagi penganjuran Pesta Kaamatan tahun hadapan, saya mengharapkan agar penganjuran itu lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.
Justeru, saya mengharapkan sokongan yang berterusan daripada semua pihak kepada perayaan ini, dan bagi pihak Kerajaan Negeri dan juga pihak jawatankuasa penganjura akan melakukan sebaik mungkin untuk memastikan perayaan di masa akan datang lebih meriah.
Tamat.
Disediakan Oleh: Francis Au Setiausaha Akhbar Kepada Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pembangunan Infrastruktur Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Media dan Publisiti Perayaan Pesta Kaamatan Negeri Sabah Tahun 2011.