KDCA telah menganjurkan ceramah bertajuk “Sampang Mangazou & Patriotisme Masyarakat Rungus” yang telah disampaikan oleh Sdr Paul Porodong (Pensyarah dari Sekolah Sains Sosial UMS) pada 8 Januari 2009 bertempat di Bilik Serbaguna, Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu.Ceramah ini adalah ceramah kedua dalam Siri Seminar yang telah diinisiatifkan oleh Gun John Chryso Masabal (Naib Presiden KDCA), Gun Allan G Dumbong (AJK Pusat KDCA) dan Gun Henry Bating, pelajar Sarjana di Universiti Malaysia Sabah.Antara perkara yang disentuh dalam ceramah ini ialah; (i) Semangat patriotisme dan kepimpinan dalam masyarakat Rungus.
(ii) Kegiatan perlanunan di Teluk Marudu di Abad Ke19.
(ii) Signifikan sejarah “sampang mangazou” sebagai medan pertahanan masyarakat Rungus menentang perlanunan dan perhambaan.
Turut hadir di sesi ceramah ini ialah YB Gun Sarapin Magana (ADUN N4 Matunggong merangkap Setiausaha Politik di Jabatan Ketua Menteri Sabah), Dr Dayu Sansalu dan Dr Ramzah Dambul (kedua-duanya Pensyarah di UMS) serta beberapa cendikiawan, pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat serta belia.
ALLAN DUMBONG
