KDCA Sabah » KDCA Ranau

KADAZANDUSUNS MUST EQUIP WITH KNOWLEDGE: HUGUAN SIOU
RANAU:  The Kadazandusun community must enhance knowledge to compete with other races.In making the call, Deputy Chief Minister Huguan Siou Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, who is also the President of the Kadazandusun Cultural Association (KDCA), said only through education Kadazandusuns will succeed in this competitive world.  “Knowledge is the key and there is still a lot to do to enhance our competitiveness”, he said at the district-level Huguan Siou’s Students Excellence Awards”, here, Friday (17th April 2009).

Education, he said, has paved the way for many Kadazandusuns to achieve success in many fields, including business, as well as many have been appointed to important positions in the Government both at Federal and State level.

“It is not impossible that one day a Kadazandusun will be the Country’s Prime Minister”, he said.  As such, he urged parents to encourage their children to pursue education to highest level possible.

Meanwhile, SMK Mat Salleh was awarded the Huguan Siou Award for Exemplary School for its achievements in both academic and curriculum fields, Murnah Kimas of SMK Mat Salleh and Mirona Edora Jebis (SMK Lohan) were awarded the STPM Excellence Awards and the Pelajar Harapan STPM award for their achievements in the Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Examination.

Five Sijil Pelajaran Malaysia students – Mustapha Kamil Husen (SMK Agama), Vaynessa Jaffrey (SMK Mat Salleh), Sofiah Atiqah Rehinin (SMK Agama), Daphne William Apin (SMK Mat Salleh) and Christine Clara Seruit (SMK Timbua) were honoured for their achievements in the examination.

Eight Penilaian Menengah Rendah (PMR) students – Ray Jackwel Johny, Mozes Sualim (both SMK Bundu Tuhan), Jabri Juhinin (SMK Kundasang), Norsyafiqah Salimun, Wiviva Lawansa, Suzana Jusimin, Jamail Jimin (all SMK Ranau), Olga Natasha Jebis (SMK Timbua) and Jannah Sariau (SMK Lohan) were also honoured for their achievements.

(Adapted from Daily Express, 19th April 2009)

Pesta Nunuk Ragang Satu Produk Pelancongan
Oleh Henry Bating & Allan Dumbong

RANAU: Kehadiran kita ke Nunuk Ragang memberikan satu perasaan bahawa di tempat inilah bermulanya cerita masyarakat Kadazandusun sekaligus memberikan kita kesedaran betapa perlunya masyarakat kita memiliki kesatuan pemikiran dan halatuju untuk memperbaiki kehidupan bersama.

Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata selain menawarkan ilmu pengetahuan dan kemasyarakatan, kunjungan ke Nunuk Ragang juga dapat menyumbang kepada usaha Kerajaan meningkatkan pendapatan penduduk setempat serta memperkembangkan lagi industri pelancongan di Negara ini.

“Kita tidak mengira apapun persatuan yang telah wujud untuk memelihara kebudayaan masyarakat kita kerana kita yakin apapun hasil usaha itu akan memberikan kebaikan kepada masyarakat kita,” kata Pairin.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Nunuk Ragang Ke-12 yang bersempena dengan Ulang Tahun Pertabalan Huguan Siou Kali Ke-23 di Tugu Nunuk Ragang kira-kira 55km dari sini pada Sabtu (7 Julai 2007).

Turut hadir bersama kira-kira 2,000 hadirin termasuk para pelancong asing dan pelajar institusi pengajian tinggi ialah Presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) Datuk Kalakau Untol dan rombongan yang terdiri daripada Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk George Sangkin.

Juga berada di pesta itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Maximus Ongkili dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) seperti Dr. Joachim Gunsalam (Kundasang), Datuk Michael Asang (Labuk), Jahid Jahim (Tamparuli), Jornah Mozihim (Matunggong), Edward Yong (Tg Aru), Datuk Wong Lien Tatt (Karamunting), Edmund Chong (MP Batu Sapi), dan Datuk James Vitales (Timbalan Speaker DUN).

Pesta Nunuk Ragang yang telah tersenarai di dalam kalendar pelancongan negeri diadakan dua hari yang mana pada tahun ini, hari pertama diisi dengan “Cabaran Kembara Nunuk Ragang” yang melibatkan jarak 8km.  Sepanjang jarak itu para peserta menempuh aktiviti berbasikal, meredah hutan dan berakit di Sungai Liwogu.  Turut diadakan ialah aktiviti kesenian seperti “Rombituon Nunuk Ragang” yang diiringi Orkestra Koisaan.

Pada hari kedua adalah upacara ritual secara simbolik yang disebut “Mongimuhau, Moningolig, Momolumaag”.  Upacara ini melibatkan sekumpulan Bobolian (Pemimpin Rohani Kadazandusun) memberikan doa kepada Huguan Siou demi kesejahteraan hidup masyarakat Kadazandusun.

Kata Pairin lagi, Pesta Nunuk Ragang tahun ini mengambil tema “the future shines through the wisdom of experience” yang menggambarkan tentang fungsi sejarah Nunuk Ragang dan menuntut pemahaman mendalam di kalangan para pengunjung.

Sementara itu Pairin memaklumkan bahawa kehadiran pemimpin Usda ke Pesta Nunuk Ragang tahun ini merupakan kesinambungan daripada satu perbincangan antara pemimpin KDCA-Usda sebelum ini tentang hasrat mereka untuk mewujudkan satu forum bersama membincangkan isu-isu berkaitan masyarakat Kadazandusun.

“Justeru saya bersetuju atas perbincangan itu yang meminta Huguan Siou menjadi pengerusi kepada forum yang akan dinamakan sebagai ‘Goodwill Advisory Council’ yang melibatkan Datuk Kalakau dan Datuk Wilfred Bumburing serta pucuk pimpinan KDCA dan Usda,” kata Pairin.

Manakala, Kalakau dalam satu reaksinya memaklumkan bahawa Usda mengambil pendekatan baru berganding bahu dengan KDCA dan meletakkan Huguan Siou sebagai pemimpin bersama.

“Untuk menandakan era baru Kadazandusun ini, satu upacara rasmi akan diadakan di Rumah Adat Lotud Tuaran yang juga bertujuan mengumpulkan para pemimpin KDCA dan Usda,” kata Kalakau.

Selepas upacara simbolik ritual

Sebahagian hadirin bersama Huguan Siou, Kalakau dan Wilfred Bumburing

Perarakan rasmi Huguan Siou bersama pengawal tradisi

Huguan Siou diarak ke balai upacara

Huguan Siou dan Datin Seri Genevieve ketika upacara simbolik ritual

Kalakau berbincang sesuatu dengan Pairin di majlis itu

Memotong kek ulang tahun Pesta Nunuk Ragang dan Pertabalan Huguan Siou

Bersama rombongan pelancong dari Jerman

Kalakau bersama Pairin dalam majlis “mirumoh-rumoh”

07:07:07 Pesta Nunuk Ragang
Oleh Henry Bating & Allan Dumbong

RANAU: Pelbagai persiapan sudah disusun untuk menyambut kehadiran orang ramai termasuk pelancong asing sempena Pesta Nunuk Ragang Kali Ke-12 pada 7 Julai depan.

Ketika meninjau persiapan, Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan diberikan taklimat mengenai beberapa tarikan yang turut dianjurkan sempena pesta itu.

Pada tahun ini, kita mula menggunakan nama “Pesta Nunuk Ragang” agar ianya selari dengan usaha Kerajaan mempromosi pelancongan di negeri ini,” demikian Pairin diberitahu oleh Pengerusi Penganjur, Dr. Othman Minudin.

Menurut Dr. Othman yang juga Timbalan Presiden KDCA, Pesta Nunuk Ragang seperti pada tahun-tahun yang sudah juga diadakan bersamaan dengan Ulang Tahun Pertabalan Huguan Siou Ke-II yang pada tahun ini memasuki Tahun Ke-23.

Kata Dr. Othman, “Datuk Masidi Manjun dijadualkan berucap sebagai Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar, manakala Datuk Ewon Ebin dijadualkan berucap sebagai wakil rakyat Kawasan Paginatan di mana Tugu Nunuk Ragang itu terletak”.

Pesta Nunuk Ragang yang telah dimasukkan di dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sabah, pada tahun ini turut menampilkan program lasak yang dikenali sebagai “Nunuk Ragang Adventure Challenge” atau “Cabaran Kembara Nunuk Ragang” yang diadakan pada 6 Julai.

Cabaran berkumpulan dua orang berumur 18 tahun ke atas itu melibatkan acara lasak berlari dan berbasikal sejauh 8km dan berakit di Sungai Liwogu Kawananan sejauh 5km sehingga ke Tugu Nunuk Ragang.

Orkestra Koisaan, sebuah orkestra yang dianggotai para graduan muzik etnik Kadazandusun turut mengalu-alukan hadirin dengan persembahan mereka yang berasaskan tradisi dan persembahan universal

Sementara itu, Dr. Othman turut memaklumkan bahawa di Sungai Liwogu Kogibangan masih terdapat akar pokok Ara yang asal, yang oleh masyarakat Kadazandusun disebut “Nunuk”.

“Akar Pokok Ara itu oleh sebahagian penduduk kampung pernah dicuba untuk mencabutnya secara beramai-ramai tanpa upacara khusus dan dikatakan orang-orang yang terlibat mengalami rasa sakit pada waktu malamnya … kita mahu memperindahkan lokasi akar itu untuk dikunjungi oleh orang ramai,” kata Dr. Othman.

Masyarakat Kadazandusun percaya bahawa mereka pada mulanya berasal dari Nunuk Ragang sebelum menyebar ke seluruh pelusuk Negeri Sabah.