TAMBUNAN: Timbalan Ke- tua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan kunjungan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak merupakan detik yang bersejarah di daerah yang terkenal dengan tanaman halia ini.
Katanya, ia menjadi detik yang bersejarah kerana beliau (Dato’ Seri Najib) adalah Perdana Menteri yang pertama melawat daerah ini.
“Selain Perdana Menteri yang pertama melawat daerah ini, penubuhan Kolej KDM di daerah ini khususnya dan Pedalaman amnya juga detik yang bersejarah kerana impian masyarakat di kawasan ini untuk mendapatkan Kolej tersebut menjadi realiti,” kata Pairin semasa berucap sempena Majlis Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Kolej KDM Tambunan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri di Pisompuruan Square di sini pada Ahad.
Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan ber- kata, kunjungan Perdana Menteri di daerah ini tidak sia-sia kerana ia melakar sejarah yang berkekalan apabila wujudnya Kolej KDM yang menjadi impian masyarakat KDM di kawasan ini.
“Apabila Kolej KDM ini beroperasi kelak ia akan memberi kemudahan kepada masyarakat di daerah ini untuk menghantar anak-anak mereka yang melanjutkan pelajaran,” katanya.
Pada masa ini katanya, ramai anak-anak masyarakat di kawasan Pedalaman tercicir untuk melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS sama ada di Semenanjung dan di Kota Kinabalu kerana ramai ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak mereka atas faktor kos yang tinggi.
Ini katanya, menyebabkan ramai anak-anak masyarakat di kawasan ini tidak berpeluang mendapat kemahiran dan latihan teknikal di IPTA/ IPTS.
Tetapi apabila Kolej tersebut siap kelak ia akan memberi kemudahan kepada anak- anak masyarakat di kawasan ini melanjutkan pelajaran dalam bidang yang ditawar bagi membolehkan mereka setanding dengan masyarakat lain di negara ini.
Sementara itu, seorang pendidik Nordin Lawanding 50, dari Kg. Kumawanan menyambut baik penubuhan Kolej KDM di Daerah.
Katanya, penubuhan Kolej ini sudah tentu memberi peluang kepada anak-anak di daerah ini dan kawasan Pedalaman keseluruhannya me- lanjutkan pelajaran mereka.
Dalam masa yang Nordin yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tambunan meminta rakyat di kawasan ini agar menyokong pemimpin-pemimpin yang mencadang penubuhan Kolej KDM ini.
Nordin juga mencadangkan agar pihak yang berkenaan wujudkan kelas sementara bagi membolehkan operasi dilaksanakan sementara menunggu pembinaan bangunannya siap.
Ini katanya, supaya rakyat tidak tertunggu-tunggu disamping membolehkan anak- anak di kawasan ini dapat melanjutkan pelajaran dalam masa yang terdekat.
Beliau mencadangkan agar operasi sementara dijalankan bangunan SMK Nambayan Tambunan kerana sekolah berkenaan hanya menjalankan pembelajaran sesi pagi.
“Jika Kolej KDM menjalankan operasi lebih awal ia boleh menumpang bangunan sekolah itu untuk menjalan- kan pembelajaran atau pengajian pada sebelah petang” katanya.
Seorang penduduk Benjamin Bianus 55, dari Kg. Sungoi turut menyambut baik penubuhan Kolej KDM di daerah ini.
Benjamin seorang petani yang baru tahu penubuhan kolej berkata, walaupun beliau tidak tahu apa itu Kolej KDM tetapi beliau bersetuju ia diwujudkan di daerah ini.
Katanya, seperti sekolah yang menjadi tempat anak- anak belajar begitulah juga dengan kolej itu.
Bagi dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan, Anney Justin dari Kg. Tombotuon dan Vianylyn Philip dari Kg. Pantai berkongsi pendapat menyambut baik penubuhan Kolej itu.
“Kami berharap menjadi pelajar yang pertama memasuki Kolej KDMitu nanti,” kata kedua-dua pelajar tingka- tan lima SMK Tambunan itu.
Seorang pemimpin mas- yarakat yang merupakan Ketua Anak Negeri (KAN) Tambunan Shalan Hamidin 49, pula bersyukur dengan penu- buhan Kolej KDM itu yang menurutnya telah diimpi- impikan oleh masyarakat Tambunan selama ini.
“Sebagai pemimpin mas- yarakat di daerah ini, saya berterima kasih kepada Hu- guon Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan kerana me- mainkan peranan penting dalam penubuhan Kolej KDM ini,” kata Shalan.
(Sumber daripada New Sabah Times 19th June, 2012)
