KOTA KINABALU: Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan bulan Mei setiap tahun kini menjadi antara tarikan utama pelancong untuk mengunjungi Sabah.
Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok, berkata ia sekali gus membantu kerajaan meningkatkan industri pelancongan di negeri ini.
“Perayaan ini yang turut mendapat liputan meluas di luar negara dilihat mampu menjana perkembangan dan kemajuan ekonomi negara khususnya dalam pembangunan industri pelancongan yang merupakan antara pen- yumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena Rumah Terbuka Tadau Kaamatan Upko 2012 di Dewan Serbaguna Tanjung Aru, di sini, kelmarin.
Turut hadir Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirudin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin.
Pesta Kaamatan itu yang dianjurkan Upko bertemakan “Upko Pemangkin Warisan Budaya”, dihadiri lebih kurang 500 pengunjung.
Dompok yang juga Men- teri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, Tadau Kaamatan iaitu perayaan tradisi suku kaum Kadazandusun Murut juga merupakan platform terbaik mengeratkan hubungan silaturahim selaras dengan gagasan 1Malaysia.
“Sambutan Pesta Kaama- tan yang disambut dalam suasana aman damai ini, ada- lah antara wadah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini khususnya di Sabah.
“Saya berharap apa yang kita jayakan pada tahun ini dapat diperbaiki pada tahun akan datang supaya lebih baik daripada tahun ini,” katanya.
Beliau berkata masyarakat harus mensyukuri nikmat pembangunan dan pembaharuan yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui program transformasi dan kejayaan kerajaan dalam me- nangkis segala tohmahan dan isu-isu berkaitan.
(Sumber daripada New Sabah Times, 21st May, 2012)
