Temuramah dengan Dusun Brunei semasa perayaan pesta Kaamatan 2007
Posted on 01. Jun, 2007 by KDCA Web Admin in Kaamatan, KDCA Hongkod, KDCA News
Oleh Julius bin Ebin

Singkatan yang digunakan:-
P: Penemuramah ( Julius Ebin )
BT: Benson bin Tunggong ( Ahli Majlis tertinggi Pakatan Sang Jati Dusun )
P:Ini kali ke berapa pihak Pakatan Sang Jati Dusun ( Dusun Brunei) bersama-sama menyertai pesta Kaamatan di KDCA?
BT: Ini Kali kedua , Pertama pada tahun 2005 semasa acara persahabatan.
P:Di kawasan mana kebanyakan penempatan Dusun di Brunei Darussalam?
BT: Kawasana petempatan yang ramai diduduki ialah di kawasan Tutong (90% ) sebahagian kecil di kawasan Belait, Brunei Muara dan Temburung.
P:Apa agama yang dianuti oleh Dusun di Brunei?
BT: Agama yang dianuti oleh Dusun di Brunei adalah Neutral Pribumi dan sebahagian daripadanya beragama Kristian dan Islam.
P:Apa perayaan yang dirayakan oleh Dusun Brunei adakah perayaan seperti Pesta Kaamatan dirayakan oleh Dusun Brunei?
BT: Perayaan yang dirayakan oleh Dusun Brunei ialah Adau Gayoh ia juga seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan oleh suku Kaum Kadazandusun di Negeri Sabah. Perayaan Adau Gayoh juga adalah beasaskan kepada “padi”.
P:Sejak bilakah persatuan Dusun di Brunei ditubuhkan?
BT: Kami tidak menamakan ia sebagai persatuan , di Brunei kami nyatakan sebagai Pakatan. Pakatan Sang jati Dusun ditubuhkan sejak tahun 1958 dan pengasas ialah Bernad Shim.
P:Apa baju kebudayaan Dusun Brunei?
BT: Baju kebudayaan atau baju tradisi dusun Brunei adalah sama dengan baju yang dipakai oleh suku kaum Kadazandusun di Sabah dan juga suku kaum yang terdapat di kepulauan Borneo iaitu ia berwarna hitam cuma perbezaan dari segi hiasan .Terdapat juga baju dari kulit-kulit kayu.
P:Apa nama tarian Dusun Brunei ?Kalau suku kaum Kadazandusun di Sabah terdapat tarian sumazau, mongigol dan lain-lain lagi .
BT: Tarian Dusun Brunei adalah seperti Anchayau ,Bekukui dan Panakod. Tarian-tarian ini ditarikan pada masa-masa tertentu seperti perundingan , pemujaan dan juga tarian undangan.Pada dahulukala ia ditarikan semasa perundingan peperangan , pemujaan dan juga jika terdapat undangan.
P:Apakah kepercayaan Dusun Brunei ?
BT: Tamarok. Kepercayaan Tamarok ini seperti juga ugama kepada Dusun Brunei.Ia juga sebagai rukun ibadat Dusun Brunei. Ibadat ini dibuat 12 kali setahun dan ibadat ini juga terdapat puasa dan pantang selain upacara pemujaan.
P:Kalu mengikut kepercayaan suku kaum Kadazandusun di Sabah, Suku kaum Kadazandusun berasal dari nunuk ragang, menurut kepercayaan Dusun Brunei pula bagaimana ?
BT: Dusun Brunei juga mempunyai kepercayaan petempatan asal usul dusun Brunei berasal dari kayu lagang-lagang iaitu kayu yang besar .
P:Terima kasih kerana memperuntukan sedikit masa untuk ditemuramah, sangat menarik temuramah ini dan saya amat tertarik ingin mengetahui lebih banyak mengenai Dusun Brunei jika berkesempatan di lain hari ?
BT: Sama-sama. Saya juga mempunyai cadangan agar pihak KDCA dapat menubuhkan sebuah institusi kebudayaan macam institusi pelajaran juga .Institusi kebudayaan ini di buat oleh KDCA dengan tujuan memelihara kebudayan dan sebagai tempat pembelajaran rumpun-rumpun Dusun di kepulauan Borneo dan juga sebagai tempat rujukan.
Pakatan Sang Jati Dusun boleh dihubungi di:
No. 42, kampong Padang
Bukit Udal TD2341, Tutong
Negara Brunei Darussallam.
Alamat Surat Menyurat
No.31, Kampung Bukit Udal Tutong
Negara Brunei Darussalam
No tel : +673-4242414
Website: www.psjd.org


