Kaji potensi “kayu koningau” :Huguan Siou
Oleh
Henry Bating & Allan Dumbong
KENINGAU: Potensi pelaburan penanaman “Kayu Koningau” dan keunikan persekitaran semulajadi telah menjadi daya tarik utama kepada kehadiran lebih ramai pelabur dan pelancong ke daerah ini sejak akhir-akhir ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata kemudahan infrastruktur yang kian bertambah baik di Kawasan Keningau juga telah menambahkan lagi daya tarikan itu sekaligus membantu meningkatkan kegiatan-kegiatan ekonomi setempat.
“Kita melihat perkembangan ini di dalam perayaan-perayaan yang diadakan termasuklah Pesta Kaamatan, sebab itu promosi yang lebih tersusun perlu dipergiatkan lagi,” kata Pairin.
Pairin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Ahli Parlimen Keningau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau di Dewan Arked di sini hari ini (19Mei, 11am).

Huguan Siou dan M. Nasir dalam suasana kemeriahan Kaamatan di satu sesi Sumayau
Menurut Pairin lagi kehadiran lebih ramai pelawat ke daerah ini perlu diiringi usaha-usaha memelihara unsur-unsur kebudayaan dan kemahiran-kemahiran warisan tradisi agar para pelawat berkesempatan melihat dari dekat unsur-unsur kesenian itu.
Seterusnya Pairin mengalu-alukan kehadiran seniman unggul tanahair, M Nasir yang kebetulan berada di daerah ini beberapa minggu untuk menjalankan penggambaran filemnya bertajuk “Aduh Saleha”.
Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau, krew M Nasir turut membuka ruang pameran dan mengadakan temuduga terbuka untuk memilih pelakon-pelakon yang diperlukan untuk beraksi di dalam filem itu.
Turut hadir Adun Sook Tan Sri Joseph Kurup, Adun Liawan Datuk Sairin Karno, Adun Bingkor Justin Guka, Ahli Parlimen Pensiangan Bernard Maraat, Adun Kiulu Datuk Louis Rampas, Timbalan Speaker DUN Datuk James Vitales dan pemimpin vateren Tan Sri Hj Suffian Koroh.

Huguan Siou dan M. Nasir turutsama menikmati sajian tradisi sempena Pesta Kaamatan Keningau
Leave a comment
You must be logged in to post a comment.