MASYARAKAT KADAZANDUSUN SEMAKIN NIKMATI KEHIDUPAN BERKUALITI
Posted on 03. Jun, 2010 by KDCA Web Admin in Press
27 April 2010, Selasa
KENINGAU: Masyarakat Kadazandusun yang kebanyakkan mendiami kawasan Pedalaman di negeri ini semakin menikmati kehidupan yang lebih baik dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin menjelaskan, berbanding dengan zaman dahulu kehidupan masyarakat di pedalaman kini semakin bertambah baik dengan pelbagai kemudahan menerusi kerajaan sekarang di pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Pelbagai kemudahan seperti Hospital, Institut Perguruan bertaraf Universiti, akses pendidikan berkualiti, klinik, jalanraya, bekalan air bersih serta kemudahan lain yang dibina Kerajaan untuk kemudahan penduduk di Pedalaman.
Menteri Pembangunan Infrastruktur itu berkata, Kerajaan sekarang lebih fokus terhadap perancangan sama ada pelan jangka pendek mahupun pelan jangka panjang yang sedang dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan.
Selain perancangan Kerajaan negeri menerusi pelan Koridor Pembangunan Negeri Sabah (SDC), negeri kita juga amat bertuah kerana Kerajaan Persekutuan juga member penekanan terhadap pembangunan di kawasan pedalaman ini melalui Bidang Keberhasilan Negara (NKRA).
Beliau berkata demikian ketika merasmikan perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Liawan yang diadakan di Balai Budaya Kampung Keningau, dekat sini, kelmarin.
Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Sairin Haji Karno, mantan Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Bernard S Maraat, Setiausaha Agung KDCA, Suman Yasambun, Penolong Pegawai Daerah, George Ganabau, Ketua Daerah Keningau, OKK Majabin Dalinus dan Pengerusi Penganjur, Magdalene Sandy.
Menteri Infrastruktur itu berkata, dalam pelan SDC itu sendiri akan mengubah kawasan pedalaman ini menjadi sebuah daerah yang maju dan Pekan Keningau itu sendiri akan menjadi sebuah Bandaraya di Sub-Wilayah Pedalaman.
Bagaimanapun katanya, Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau mahu masyarakat di Pedalaman berpuas hati dengan apa yang dicapai sekarang meskipun berlaku peningkatan taraf hidup penduduk di kawasan ini.
Sebaliknya, penduduk di Pedalaman haruslah bijak mengambil peluang yang disediakan oleh Kerajaan, bertindak proaktif untuk terlibat sama dalam pembangunan dan bukannya menjadi penonton kepada kemajuan ini sahaja.
Bagi memastikan generasi akan datang mampu memperlehi kehidupan yang lebih baik, pendidikan harus menjadi agenda dan keutamaan kepada ibubapa untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada mereka.
Kita tidak boleh ketinggalan dalam arus pembangunan yang semakin rancak berlaku ini. Pembangunan fizikal itu sendiri tidak akan mempunyai apa-apa makna jika modal insan kita diperkasakan terlebih dahulu bagi memastikan penduduk di Pedalaman mempunyai daya saing dalam apa juga bidang di masa akan datang.
Tamat. Disediakan Oleh: Francis Au, Setiausaha Akhbar Kepada Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah

