Kursus Mencungkil Karyawan-karyawan filem baru!
Posted on 13. Jul, 2006 by KDCA Web Admin in KDCA News
Pergerakan Pembangunan Belia-Beliawanis Kadazandusun, satu badan yang bernaung di bawah Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Sabah, dengan kerjasama Penampang Studio telah menganjurkan KURSUS INTENSIF PENGARAHAN TV / FILEM selama lima (5) hari bermula pada 8 hingga 12 Julai 2006, bertempat di Hongkod Koisaan, Penampang, Sabah.Kursus Intensif Pengarahan ini adalah khas untuk mereka yang berminat mahu belajar untuk mengarah telemovie, dokumentari, video klip atau rancangan TV. Kursus ini telah memberikan peluang terbaik kepada para peserta untuk mengambil langkah pertama untuk menjadi pengarah atau sutradara. Ianya terbuka kepada semua peringkat umur tanpa mengira sebarang kelayakan akademi. Yang penting semasa pemilihan peserta ialah mereka mesti ada minat dan cita-cita. Para peserta juga telah berpeluang mengarah dan menghasilkan cerita pendek yang mereka namakan “PTI Mokirayou”.
Fasilitator Kursus ini ialah Sdra Tony Francis Gitom, ws, fdam, iaitu merupakan satu-satunya anak watan Sabah yang telah mencipta nama dalam bidang pengarahan filem di Malaysia. Dalam kursus intensif ini, pengalaman Sdra Tony selama 20 tahun, telah dikongsikan kepada para peserta dengan ikhlas.
KANDUNGAN KURSUS
1. Pengenalan.
- Memperkenalkan industri dan format.
2. Asas Pengarahan.
- Belajar asas pengarahan, tugas-tugas dan tanggungjawab
seorang pengarah.
3. Asas Penulisan Skrip & lakon tv.
- Belajar asas penulisan skrip dan lakon tv. Garapan dan penilaian seorang pengarah secara kreatif dan bertanggungjawab terhadap sesuatu karya.
4. Asas Seni Lakon.
- Belajar asas seni lakon bagi memudahkan seorang pengarah
untuk mengarah dan membimbing pelakon secara efektif.
5. Pra-produksi.
- Belajar membuat persiapan untuk memulakan sesuatu projek
baru.
6. Penggambaran.
- setiap peserta berpeluang merasa menjadi pengarah untuk
menghasilkan cerita pendek durasi 15 minit.
7. Pos-produksi.
- Belajar membuat kerja-kerja di studio pos produksi secara total
iaitu suntingan, muzik dan adunan akhir.
8. Produk Siap.
- Belajar trend pasaran, keperluan dan kepentingan semasa.
PESERTA-PESERTA:
1. Allan G Dumbong
2. Kinatu @ Edwin Kinatu B Anggidau
3. Awang Rablah Bin Salil
4. Vitus Dani
5. Laman Bin Masiri
6. Raymond Chin
7. Sumarli Loli
8. Jusry Jaafar
9. Flora Juanis Salemuela
10. Mohd Fadzlie Bin Jutamin
11. Andrew Pink


