Hari Sukan Pesta Kaamatan
Posted on 25. May, 2009 by Allan Dumbong in KDCA News.
|
SANDAKAN: Pada tahun ini, giliran Katedral St Mary menjadi Tuan Rumah sambutan Hari Sukan Pesta Kaamatan peringkat Paroki pada Mei 1 yang lalu di Dewan Paroki Katedral St Mary.
Fr Thomas di dalam ucapannya gembira kerana aktiviti kesukanan bukan sahaja menyihatkan tubuh badan tetapi turut ‘menyihatkan’ hubungan baik di antara umat berlainan bangsa. Beliau menyokong bahawa aktiviti seumpama ini perlu terus diadakan setiap tahun. Fr Thomas juga menyampaikan penghargaannya terhadap usaha gigih daripada barisan semua ahli jawatankuasa sukan yang diketuai oleh Sdr Michael Tivit. Penghargaan turut diberikan kepada AJK Sekretariat dan Pengendalian Sukan yang dilaksanakan oleh belia dari Taman Rimba, Sandakan. Selesai ucapan, beliau memimpin Doa Pembukaan. Kemudian, acara pembuka tirai dimulakan iaitu acara perbarisan yang julung kalinya diadakan untuk Hari Sukan Pesta Kaamatan peringkat paroki. Fr Thomas dan Sr Appolonia FSIC merupakan pengadil bagi acara itu. Source:Herald Malaysia,May 22 , 2009
|

Gereja-gereja yang mengambil bahagian ialah Katedral St Mary bergabung dengan Gereja St Joseph, gabungan Gereja St Mark dan St Petrus, Gereja St Paul Ulu Dusun dengan Gereja St Thomas dan Gereja Our Lady of Fatima, Beluran bergabung dengan Gereja St Emmnuel. Acara dimulakan dengan senam robik yang turut disertai oleh Paderi Paroki, Fr Thomas Makajil. 
