PERTANDINGAN SUGANDOI KAAMATAN 2009 PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU
Posted on 04. May, 2009 by Allan Dumbong in KDCA News.
Bersempena dengan sambutan Pesta Ka’amatan 2009 peringkat Bandaraya Kota Kinabalu, DBKK akan menganjurkan Pertandingan Sugandoi Kaamatan (Pertandingan Nyanyian) untuk memilih peserta Sugandoi yang akan mewakili Kota Kinabalu ke Peringkat Negeri pada bulan Mei ini disamping menjadi salah satu acara Karnival Kaamatan Bandaraya 2009. Peringkat Penapisan Awal akan diadakan selama tiga hari pada 5 – 7 Mei 2009,mulai jam 7.30 malam hingga 10.00 malam bertempat di Dewan Mesyuarat, Tingkat 1, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Para Peserta yang terpilih seterusnya akan bertanding di Peringkat separuh Akhir yang akan diadakan pada 8 Mei 2009, jam 8.00 malam hingga 10.00 malam di BB cafe, Jalan Pantai, Kota Kinabalu bagi memilih lima (5) orang peserta akhir yang akan bertanding ke Pertandingan Akhir Sugandoi pada 15 Mei 2009 bertempat di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu. Penyertaan adalah terbuka kepada penduduk bermastautin di Sabah, dari suku kaum Kadazan/Dusun/Murut dan warganegara Malaysia di Sabah serta menetap di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Peserta hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan tidak pernah menjadi johan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri. Tarikh tutup penyertaan adalah selewat-lewatnya pada 5 Mei 2009, jam 9.00 malam. Setiap pemenang akan memenangi hadiah berupa wang tunai, piala dan hamper. Johan Sugandoi akan menerima wang tunai RM1000, piala dan hamper. Naib Johan RM800, piala dan hamper. Tempat Ketiga RM500, piala dan hamper serta RM 200, piala dan hamper untuk pemenang Saguhati. Borang penyertaan untuk pertandingan ini boleh diperolehi di Tingkat 1, Bangunan DBKK. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Benedict O. Lidadun di talian 088-243113 ataupun Asmah Entoh/ Ajim Wahid/ Rasidah Sahrin/ Maimon Lidan/ Donna Masidah di talian 088-521800. Source: www.sabah.dbkk.gov.my (28/4/2009) |


