16 PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AKAN TERIMA ANUGERAH HUGUAN SIOU ANJURAN KDCA
Posted on 17. Apr, 2009 by Allan Dumbong in Activities, KDCA News, KDCA Ranau.
RANAU: seramai 16 organg pelajar sekolah menengeah dari daerah ini, akan menerima anugerah “Huguan Siou” anjuran KDCA di Dewan Masyarakat Ranau pada 17 April 2009 bermula jam 6.30 petang.
Naib Presiden KDCA Pusat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjurnya, Dr Lungkiam Dambul, memberitahu semua penerima anugerah tersebut adalah mereka yang memperoleh keptusan cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan tahun 2008.
Dr Lungkiam, yang juga seorang Juru Perunding Pembangunan Diri dan Keluarga Negeri Sabah memaklumkan, penyampaian anugerah itu akan disempurnakan “Huguan Siou” yang juga Presiden KDCA, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.
“Sempena majlis itu, pihak Yayasan Saba akan menyediakan Program Kaunseling Penajaan dan Pendidikan bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang bagi memberi peluang kepada orang ramai khususnya para ibu bapa dan pelajar untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini berhubung program kaunseling dan penajaan pendidikan yang disediakan pihak Yayasan Sabah”, jelas Dr Lungkiam.
Anugerah itu katanya, adalah sebagai penghargaan dan hadiah galakan serta motivasi kepada para pelajar yang telah berusaha gigih mencemerlangkan diri mereka khususnya pencapaian mereka dalam bidang akademik.
“Kita menjemput orang ramai supaya hadir menmanfaatkan program ini sambil menyaksikan majlis anugerah yang diadakan secara tahunan ini”, tambahnya.
Dipetik dari Jainudin Nasir, Sabah Times 17 Apr 2009.


