PERTANDINGAN MEMASAK MAKANAN TRADISI KADAZANDUSUN 2008

Seperti tahun-tahun yang lepas, Pertandingan Masakan Makanan Tradisional Kadazandusun dianjurkan sebagai salah satu aktiviti dalam program Pesta Kaamatan 2008. Tema pada tahun 2008 ialah Ta’akanon Koubasanan Tungkus Gulu-Gulu yang membawa maksud Makanan Tradisi Warisan Turun-Temurun. Maka dengan itu, salah satu krietria yang ditetapkan adalah penyertaan generasi muda agar warisan tradisi dan kemahiran ini dapat diperturunkan kepada mereka.

Harapan Jawatankuasa Penganjur dalam menjalankan acara sebegini adalah untuk membuka dan mendalamkan lagi minat, pengetahuan serta penghargaan generasi muda terhadap nilai, khasiat dan keaslian makanan etnik suku kaum Kadazandusun dan agar ianya tidak pupus dalam era permodenan dan globalisasi masakini.

Sebuah jawatankuasa juga akan ditubuhkan untuk menyusun dan mengumpul semua hasil makanan yang telah dipersembahkan sebagai sebuah koleksi dan rujukan makanan Kadazandusun.

Objektif Khusus Jawatankuasa ini ialah:

(i) Membimbing dan membina sikap positif generasi muda terhadap makanan tradisional suku kaum Kadazandusun yang terdapat di negeri Sabah.

(ii) Memberi peluang kepada generasi muda untuk mempelajari dan meghargai masakan tradisional turun-temurun.

(iii) Membolehkan generasi muda mengkaji nilai zat makanan tradisional dengan kualiti kehidupan keluarga.

Keputusan:

Kategori A:

Johan: Kumpulan 5 - Marina Kooh & Firdaus (Penampang)

Naib Johan: Kumpulan 1 - Jubileh Simen & Tutey Johnny (Tamparuli)

Ketiga: Kumpulan 10 - Melissa Kodou & Vanessa (Penampang)

Kategori B (Nonsom):

Johan: Kumpulan 8 - Rose Marie Gabriel (Penampang)

Naib Johan: Kumpulan 7 - Marina Kooh (Penampang)

Ketiga: Kumpulan 6 - Lovintina Kunou (Ranau)

Kategori B (Hinava):

Johan: Kumpulan 7 - Marina Kooh (Penampang)

Naib Johan: Kumpulan 6 - Lovintina Kunou (Ranau)

Ketiga: Kumpulan 8 - Rose Marie Gabriel (Penampang)

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YB Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph

Pairin Kitingan dan telah dihadiri oleh lebih kurang 200 orang ramai serta barisan Ahli Jawatankuasa Pusat KDCA seperti George Mijin,James Muyau, Jornah Mozihim, John Paujik, Allan Dumbong, John Masabal dan Datuk Patrick Sindu.

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.