BERITA TERKINI - STACY JOHAN AF6

Sukacita dimaklumkan bahawa Stracie Angine Anam atau lebih dikenali sebagai “Stacy” telah dinobatkan sebagai johan pertandingan Akademi Fantasia anjuran Astro di Konsert Akhir pada 24 Mei 2008. Beliau telah muncul juara dengan mengenepikan saingan daripada Riz (Naib Johan), Nubhan (Ketiga), Toi (Keempat) dan Nadia (Kelima).

Adalah difahamkan bahawa dengan kemenangan ini, Stacy akan menerima beberapa hadiah seperti sebuah banglo 4 bilik di A’ Famoa Villa D’ Lagos Melaka; Kereta Model Peugeot 307 XS tajaan Naza Motors Sdn Bhd; Wang Tunai sejumlah RM20,000 Sumbangan Hotlink;Pakej Percutian 7H5M ke Afrika Selatan tajaan Mayfirst; Pakej Pelancongan dan Lawatan ke New York tajaan Maybelline; Sony playstation tajaan Astro; dan Trofi Akademi Fantasia

Tahniah Stacy!

Posted By:

Allan Dumbong

Pengerusi

Pergerakan Pembangunan Belia Kadazandusun

Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Sabah

One Comment

  1. digital:

    Ucapan setinggi tinggi tahniah buat Tracy kerana berjaya menjadi JUARA AF6.

    Tahniah semoga terus berjaya.

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.