SUGANDOI DAZANAK PERINGKAT NEGERI 2008

SUGANDOI DAZANAK PERINGKAT NEGERI 2008

Oleh Allan G Dumbong
Pertandingan Dazanak Peringkat Negeri 2008 telah berjaya diadakan di Hongkod Koisaan, Penampang pada 18 Mei 2008. Seramai 17 orang peserta yang berumur di bawah 13 tahun dan datang dari seluruh Sabah telah menyertai pertandingan ini. Seramai 10 orang telah berjaya ke peringkat akhir. Peserta termuda ialah adik Velerice Paimin yang baru berusia 8 tahun, tang telah menyanyikan dua buah lagu Kadazandusun, Tondulionku dan Sayau Mirunsai dengan begitu baik sekali.

Para peserta telah membuat persembahan yang begitu mantap sekali walaupun pada hakikatnya umur mereka masih muda-muda belaka. Johan Pertandingan Sugandoi Dazanak Peringkat Negeri pada tahun 2008 ialah adik Ferona Paimin,wakil dari Ranau, yang telah menyanyikan dua bah lagu, Ginawoku Kagasanku dan Tadau Pinirubaanku. Beliau telah berjaya memenangi hadiah wang tunai RM500.00, piala, sijil dan hamper. Naib Johan ialah Joyse Rufiona Juanis, wakil dari Tuaran, yang telah membawakan lagu, Yoku ih Humarap dan Kaamatan Norikot Wagu. Beliau telah mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM350.00 berserta piala, sijil dan hamper. Tempat Ketiga dimenangi oleh adik Jojie Reonna Akat, wakil dari Kudat, yang telah menyanyikan lagu, Okon Koh Yoku dan Simpang Mengayau. Tujuh (7) lagi peserta lain yang terdiri daripada Velerice Paimin, Presley Petrus, Glady Ruth Pinky Jaimus, Nora Edora Francis, Amanda Tan, May Avellynna Kein dan Darryel Rony telah menerima hadiah saguhati.

Seramai lebih kurang 200 orang telah menyaksikan pertandingan tersebut yang dirasmikan oleh Setiausaha Agung KDCA, Gund. George Daminanus Aludah. Turut hadir di pertandingan tersebut ialah Gund. Harry Beatty (Pengerusi AJK Penganjur), Timbalan Presiden Dr Othman Minudin, Penolong Setiausaha Agung Gund James Muyau dan Ahli Jawatankuasa Pusat KDCA iaitu Dr Lungkiam Dambul Gund. John Paujik, Gund. Allan G Dumbong dan Zandi Christina John Luan.

Secara keseluruhannya Pertandingan Sugandoi Dazanak ini adalah berjaya bukan sahaja ia dapat mengenengahkan bakat-bakat baru dalam bidang seni suara tetapi juga berjaya memberi dorongan kepada kanak-kanak untuk belajar menguasai Bahasa Kadazandusun melalui lagu-lagu Kadazandusun. Semoga pretasi pertandingan ini akan lebih meningkat di tahun-tahun hadapan.

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.