KDCA-ISCEP adakan Konsert Kaamatan Ahad malam
25 May 2013

KOTA KINABALU 24 Mei - Sempena sambutan Pesta Kaamatan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) dengan kerjasama Program Pertukaran Kebudayaan Pelajar Antarabangsa (ISCEP) akan mengadakan konsert KDCA-ISCEP Kaamatan 2013, di sini pada Ahad malam.

Pengerusi penganjur Konsert Kaamatan KDCA-ISCEP 2013, Flavia Ignatius berkata, konsert itu melibatkan peserta dari 16 buah sekolah yang akan mempersembahkan tarian dan nyanyian dan bermain alat muzik tradisional.

"Kami menjemput orang ramai untuk memberi sokongan kepada Konsert Kaamatan Iscep, yang menggunakan tema Pesta Kaamatan, bertajuk "Mengekalkan Muhibah dan Kesefahaman Menerusi Kaamatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Flavia berkata, kebudayaan pelbagai kaum etnik di Sabah akan dipersembahkan oleh peserta, yang telah membuat persediaan awal bagi konsert itu yang merupakan sebahagian usaha ISCEP untuk mempromosikan kebudayaan di kalangan generasi muda.

Konsert itu akan dirasmikan oleh Huguan Siou dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. - BERNAMA

Sumber daripada "?? Utusan Melayu (M) Bhd"?24/05/2013.

KAAMATAN KDCA LABUAN 12 MEI (AHAD) INI
07 May 2013
[caption id="attachment_998" align="alignnone" width="933"]Paul Ipoh (duduk tengah) bergambar bersama AJK Induk KDCA Labuan semasa mesyuarat sambutan Pesta Kaamatan Labuan 2013 baru-baru ini. Paul Ipoh (duduk tengah) bergambar bersama AJK Induk KDCA Labuan semasa mesyuarat sambutan Pesta Kaamatan Labuan 2013 baru-baru ini.[/caption] Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) cawangan Wilayah Persekutuan Labuan akan menganjurkan sambutan Pesta Kaamatan 2013 pada 12 Mei (Ahad) ini bertempat di Dewan Blessed Sacrament, berdekatan SK St.Anne, Labuan. Pengerusi Penganjur, Paul Ipoh Leokin berkata, sambutan tersebut yang merupakan acara takwim tahunan bagi persatuan itu dijangka akan bermula seawal jam 9 pagi dengan pelbagai acara yang telah dirancang. ?KDCA Labuan turut tidak ketinggalan mengadakan pertandingan Sugandoi dan Unduk Ngadau yang semestinya menjadi acara wajib bagi penganjuran pesta ini.? Tambah Paul Ipoh yang juga merupakan Pengerusi KDCA Labuan.. Acara Sugandoi akan bermula pada jam 10 pagi dengan penampilan 10 finalis bagi merebut tempat mewakili wilayah ini ke pertandingan akhir Sugandoi peringkat negeri Sabah 25 Mei depan. Manakala bagi acara Unduk Ngadau pula, penganjur menetapkan ?Gala Nite? pada 11 Mei yang dijangkakan akan bermula pada jam 8 malam di Dewan Blessed Sacrament. Manakala acara kemuncak Unduk Ngadau pula akan berlangsung pada keesokan hari bermula jam 2 petang. Pemenang Unduk Ngadau di Labuan turut mewakili wilayah ini ke peringkat akhir pertandingan Unduk Ngadau negeri Sabah yang akan berlangsung pada 31 Mei di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang. Selain itu, acara sampingan seperti magavau, persembahan tarian tradisi, persembahan artis tempatan Labuan, persembahan gong, pertandingan makan dan minuman tradisi serta pameran khas pakaian dan kraftangan tradisi turut dimasukkan dalam aturcara seharian sambutan tersebut. Sambutan Kaamatan yang bertemakan ?Mengekalkan Muhibah dan Persefahaman Menerusi Kaamatan? akan dirasmikan oleh Huguan Siou, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Dijangka hadir sama ialah Ahli Parlimen Labuan yang baru, YB Rozman Haji Isli. KDCA Labuan turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai dari dalam dan luar wilayah tersebut bagi menyaksikan sendiri kemeriahan sambutan itu. Terdahulu, KDCA Labuan telahpun mengadakan sambutan Hari Keluarga Dan Sukan Tradisinya pada 1 Mei lepas di Pantai Mawilla, Labuan. ? RBP