Najib PM pertama lawat Tambunan, kata Pairin
19 Jun 2012

TAMBUNAN: Timbalan Ke- tua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan kunjungan Perdana Menteri Dato? Seri Mohd. Najib Tun Razak merupakan detik yang bersejarah di daerah yang terkenal dengan tanaman halia ini.

Katanya, ia menjadi detik yang bersejarah kerana beliau (Dato? Seri Najib) adalah Perdana Menteri yang pertama melawat daerah ini.

?Selain Perdana Menteri yang pertama melawat daerah ini, penubuhan Kolej?KDM?di daerah ini khususnya dan Pedalaman amnya juga detik yang bersejarah kerana impian masyarakat di kawasan ini untuk mendapatkan Kolej tersebut menjadi realiti,? kata Pairin semasa berucap sempena Majlis Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Kolej?KDM?Tambunan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri di Pisompuruan Square di sini pada Ahad.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan ber- kata, kunjungan Perdana Menteri di daerah ini tidak sia-sia kerana ia melakar sejarah yang berkekalan apabila wujudnya Kolej?KDM?yang menjadi impian masyarakat?KDM?di kawasan ini.

?Apabila Kolej?KDM?ini beroperasi kelak ia akan memberi kemudahan kepada masyarakat di daerah ini untuk menghantar anak-anak mereka yang melanjutkan pelajaran,? katanya.

Pada masa ini katanya, ramai anak-anak masyarakat di kawasan Pedalaman tercicir untuk melanjutkan pelajaran di?IPTA/IPTS sama ada di Semenanjung dan di Kota Kinabalu kerana ramai ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak mereka atas faktor kos yang tinggi.

Ini katanya, menyebabkan ramai anak-anak masyarakat di kawasan ini tidak berpeluang mendapat kemahiran dan latihan teknikal di?IPTA/ IPTS.

Tetapi apabila Kolej tersebut siap kelak ia akan memberi kemudahan kepada anak- anak masyarakat di kawasan ini melanjutkan pelajaran dalam bidang yang ditawar bagi membolehkan mereka setanding dengan masyarakat lain di negara ini.

Sementara itu, seorang pendidik Nordin Lawanding 50, dari Kg. Kumawanan menyambut baik penubuhan Kolej?KDM?di Daerah.

Katanya, penubuhan Kolej ini sudah tentu memberi peluang kepada anak-anak di daerah ini dan kawasan Pedalaman keseluruhannya me- lanjutkan pelajaran mereka.

Dalam masa yang Nordin yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tambunan meminta rakyat di kawasan ini agar menyokong pemimpin-pemimpin yang mencadang penubuhan Kolej?KDM?ini.

Nordin juga mencadangkan agar pihak yang berkenaan wujudkan kelas sementara bagi membolehkan operasi dilaksanakan sementara menunggu pembinaan bangunannya siap.

Ini katanya, supaya rakyat tidak tertunggu-tunggu disamping membolehkan anak- anak di kawasan ini dapat melanjutkan pelajaran dalam masa yang terdekat.

Beliau mencadangkan agar operasi sementara dijalankan bangunan?SMK?Nambayan Tambunan kerana sekolah berkenaan hanya menjalankan pembelajaran sesi pagi.

?Jika Kolej?KDM?menjalankan operasi lebih awal ia boleh menumpang bangunan sekolah itu untuk menjalan- kan pembelajaran atau pengajian pada sebelah petang? katanya.

Seorang penduduk Benjamin Bianus 55, dari Kg. Sungoi turut menyambut baik penubuhan Kolej?KDM?di daerah ini.

Benjamin seorang petani yang baru tahu penubuhan kolej berkata, walaupun beliau tidak tahu apa itu Kolej?KDM?tetapi beliau bersetuju ia diwujudkan di daerah ini.

Katanya, seperti sekolah yang menjadi tempat anak- anak belajar begitulah juga dengan kolej itu.

Bagi dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan, Anney Justin dari Kg. Tombotuon dan Vianylyn Philip dari Kg. Pantai berkongsi pendapat menyambut baik penubuhan Kolej itu.

?Kami berharap menjadi pelajar yang pertama memasuki Kolej?KDMitu nanti,? kata kedua-dua pelajar tingka- tan lima?SMK?Tambunan itu.

Seorang pemimpin mas- yarakat yang merupakan Ketua Anak Negeri (KAN) Tambunan Shalan Hamidin 49, pula bersyukur dengan penu- buhan Kolej?KDM?itu yang menurutnya telah diimpi- impikan oleh masyarakat Tambunan selama ini.

?Sebagai pemimpin mas- yarakat di daerah ini, saya berterima kasih kepada Hu- guon Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan kerana me- mainkan peranan penting dalam penubuhan Kolej?KDM?ini,? kata Shalan.

(Sumber daripada?New Sabah Times 19th June, 2012)

Keningau sudah sedia jadi tuan rumah Pesta Kaamatan peringkat Kebangsaan 16 Jun
12 Jun 2012

KENINGAU: Daerah pedalaman kini telah bersedia untuk menjadi tuan rumah sambutan Rumah Terbuka Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 16 Jun bermula sebelah petang.

Dianggarkan 20,000 penduduk dari sekitar pedalaman melibatkan Keningau, Sook, Nabawan, Kemabong dan Tambunan dijangka membanjiri sambutan berkenaan di Kompleks Sukan Keningau.

Sambutan Rumah Terbuka Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan diiringi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Utama Rais Yatim sebagai penganjur, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga merupakan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) dan menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.

Pegawai Daerah Keningau, Amat Mohd Yusuf memberitahu segala persiapan untuk acara tersebut telah disusun atur dan persiapan-persiapan akhir sedang giat dijalankan.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kepada Ketua Menteri sempena lawatan Perdana Menteri di kawasan pedalaman selama dua hari bermula Sabtu ini di sini.

Turut memberi taklimat mengenai persiapan ialah Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah, Tan Sri Khalil Jamalul, Pegawai Daerah Tambunan, Thomas Anggor dan wakil Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Malaysia.

Hadir sama ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun, Wakil Rakyat Sook Datuk Ellron Angin, Wakil Rakyat Melalap Datuk Raden Malleh, Wakil Rakyat Kemabong, Datuk Rubin Balang dan Wakil Rakyat Nabawan Datuk Bobbey Suan.

Lawatan rasmi Perdana Menteri ke pedalaman juga padat dengan beberapa acara rasmi yang bermula dengan Perasmian Pusat Kraftangan Sabah dan Pelancaran Portal Pusat Kraftangan Sabah di Pusat Kraftangan Sabah, Jalan Apin-Apin pada tengah hari Sabtu. Diikuti Majlis Pecah Tanah?SDC: Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (CLC) dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di daerah Sook pada jam 3.00 petang. Dianggarkan 10,000 orang akan hadir ke majlis berkenaan.

Manakala di sebelah petangnya, Perdana Menteri akan bersama dengan rakyat di pedalaman meraikan majlis rumah terbuka sempena Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan dengan diserikan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat setempat dan persembahan artis tempatan.

Amat memberitahu rakyat pedalaman telah bersedia bersama dengan Perdana Menteri dengan anggaran pengunjung sehingga 20,000 orang.

Pagi Ahad, Perdana Menteri akan mengunjungi tamu mingguan Keningau dan mengambil peluang untuk minum bersama dengan rakyat di gerai tamu tersebut.

Perdana Menteri juga dibawa melawat Tamu Mingguan di Pekan Bingkor sebelum melawat Rumah Besar?OKK?Sedomon di Bingkor, rumah bekas pemimpin tersohor di pedalaman yang pernah dilawati oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien, yang kebetulan mengadakan Majlis Perhimpunan Keluarga Kina dan Gong.

Lawatan itu merupakan satu penghargaan kepada keluarga berkenaan yang pernah mempunyai hubungan baik dengan mantan Perdana Menteri Malaysia kedua iaitu ayah kepada Perdana Menteri.

Seterusnya beliau akan berlepas ke daerah Tambunan bagi merasmikan Upacara Pecah Tanah Kolej?KDM?di Pisompuruan Square, yang akan disambut oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Musa berpuas hati dengan persiapan yang dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat, dan meminta rakyat di kawasan pedalaman datang beramai-ramai meraikan sambutan itu yang julung kali diadakan di kawasan luar bandar.

(Sumber daripada?New Sabah Times 12th June, 2012)

KM: TIADA MASALAH LULUS PERUNTUKAN TAMBAHAN
01 Jun 2012

PENAMPANG: Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk meluluskan permohonan peruntukan tambahan untuk kebaikan rakyat, khususnya dalam usaha meningkatkan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, pemberian peruntukan kewangan tambahan bertepatan dengan keadaan dan kehendak semasa, terutama ketika kewangan negeri semakin kukuh.

?Dengan adanya perpaduan (rakyat), kita semua dapat mengukuhkan kewangan kita. Kita juga dapat membuktikan kemampuan kita mengurus kewangan kita dengan cekap,? katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Penutupan Pesta Kamatan Peringkat Negeri di Dewan Hongkod Koisaan?KDCA, di sini, kelmarin.

Majlis penutupan itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Musa berkata perpaduan rakyat merupakan elemen penting dalam menarik lebih ramai pelancong dan pelabur datang ke Sabah.

Jelasnya, perpaduan yang kukuh memberi keyakinan kepada masyarakat luar terhadap keamanan dan keselamatan di negeri ini.

?Kita mesti pelihara budaya ini agar kita dapat merancakkan ekonomi kita secara bersama.

?Sudah pasti ada hikmat di sebalik adat tradisi nenek moyang kita ini dalam mewujudkan perasaan kekitaan di kalangan kita,? katanya.

Di samping itu, Musa turut meminta wakil-wakil rakyat dan anggota kerajaan supaya terus bekerja dengan ikhlas untuk rakyat.

?Inilah amalan Barisan Nasional. Kita mesti sentiasa turun padang dan bekerjasama untuk rakyat,? tambahnya.

Sementera itu beliau turut menggesa masyarkat Kadazan Dusun dan Murut supaya meningkatkan pengeluaran produk berkualiti dan berinovasi untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, usaha itu pastinya akan dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan seterusnya menyumbang kepada kemajuan sosio ekonomi negeri.

?Saya berharap agar perayaan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat khususnya kaum Kadazan Dusun dan Murut yang bergiat dalam perusaan?IKS?bagi meningkatkan pengelauran produk berkualiti dan berinovasi.

?Semoga Pesta Kaamatan tahun ini akan terus memberi inspirasi dan kekuatan kepada kita untuk memperkasakan lagi semangat perpaduan bagi memastikan kestabilan, keamanan dan kemakmuran rakyat dan negara khususnya negeri Sabah turut terpelihara,? katanya.

(Sumber daripada?New Sabah Times 1st June, 2012)

K?jaan telah buktikan kemampuan urus negara dengan baik: Pairin
01 Jun 2012

PENAMPANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membuktikan kewibawaan serta kemampuan untuk mengurus negara dengan baik walaupun terdapat halangan-halangan tertentu, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata berdasarkan rekod prestasi yang baik terutamanya melalui kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang dinamik dan progresif, beliau yakin Sabah akan terus maju mencapai objektif ke arah negara maju menjelang 2020.

Katanya, laluan untuk mencapai objektif negara maju bukan suatu yang mudah terutamanya dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan memerlukan pengurusan serta pentadbiran yang cekap dan efisyen.

?Oleh itu kerajaan BN amat menghargai sokongan padu rakyat dan berharap sokongan itu terus diberikan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di negeri ini dan Malaysia amnya,? katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2012, di Hongkod Koisaan?KDCA, di sini, kelmarin.

Majlis itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Haji Mahiruddin.

Turut hadir isteri?TYT?Toh Puan Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman dan isteri Datin Seri Faridah Haji Tussin, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Maximus Ongkili, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri dan menteri-menteri kabinet negeri.

Pairin berkata, Pesta Kaamatan akan terus menjadi pentas perpaduan di kalangan pelbagai kaum, bangsa dan agama di negeri ini.

?Sepanjang bulan Pesta Kaamatan, saya gembira melihat semangat perpaduan, hormat menghormati dan kerjasama erat di kalangan penduduk di negeri ini.

?Melihat keadaan sedemikian, saya yakin mengatakan bahawa Sabah satu-satunya negeri di Malaysia yang benar-benar mengamalkan semangat ?unity in Diversity?,? katanya.

Beliau berkata tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu ?Cinta Terhadap Kebudayaan Melahir- kan Masyarakat Penyayang? jelas menunjukkan bahawa mesej yang ingin disampaikan menjurus kepada pembentukan masyarakat yang menghargai sikap toleransi, nilai budaya pekerti yang tinggi dan sifat keperibadian yang saling hormat menghormati antara satu sama lain.

?Kerapkali kita lupa bahawa sifat-sifat itu boleh membawa kita ke arah tahap kehidupan yang aman dan progresif,? katanya.

Namun katanya konsep utama perayaan itu yang berkisar kepada idea kesyukuran tetap menjadi tunjang pesta ini, khasnya untuk kaum petani.

?Sebagai satu negeri yang mementingkatn sektor pertanian, semangat kesyukuran ini adalah sesuatu yang amat bermakna.

?Pesta kaamatan tahun ini mempamerkan pelbagai pertunjukan tradisi termasuklah sukan tradisi, rumah-rumah tradisi yang melambangkan etnik di Sabah serta acara kemuncak Unduk Ngadau,? katanya.

(Sumber daripada?New Sabah Times 1st June, 2012)

Amalan dan tradisi perlu ditonjolkan, kata Pairin
01 Jun 2012

PENAMPANG: Amalan dan tradisi masyarakat di Sabah yang hampir pupus perlu ditonjolkan untuk kepentingan semua terutamanya generasi muda, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau yang juga Presiden?KDCA?berkata, ini penting bagi membolehkan generasi akan datang mewarisi budaya dan tradisi nenek moyang mereka.

?Penyebaran secara meluas perayaan Pesta Kaamatan tentunya direkodkan dalam data maklumat yang akan menjadi rujukan penting kepada generasi akan datang.

?Oleh itu saya berharap mana-mana amalan serta tradisi lama yang hampir dilupai atau jarang-jarang diutarakan dapat ditampilkan semula untuk kepentingan bersama terutamanya generasi muda,? katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Sukan Tradisi sempena Pesta Kaamatan 2012 di pentas luar perkarangan Hongkod Koisaan di sini pada Rabu.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Salleh Tun Said, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Maximus Ongkili, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri dan menteri-menteri kabinet negeri.

Pairin berkata, Sabah sememangnya unik di mana tahap toleransi, persefahaman dan semangat saling hormat menghormati amat tinggi.

?Keunikan ini menjadi asas dalam menyemai benih perpaduan dan kebangaan rakyat Sabah perlu sentiasa dipelihara sepanjang masa,? katanya.

Beliau berkata dalam zaman informasi, Pesta Kaamatan telah tersebar luas di merata dunia dan dengan sokongan kerajaan negeri dan persekutuan ia telah menjadi satu tarikan pelancong.

?Perayaan ini berjaya memperkenalkan adat rasam dan tradisi kaum Kadazandusun serta etnik-etnik lain di Sabah kepada warga dunia dan menjadi kebanggaan di mana rakyat berbilang kaum, hidup dalam keadaan aman damai,? katanya.

Pairin berkata, selain sokongan padu kepada penganjuran Pesta Kaamatan, kerajaan juga memberi sokongan dari segi memajukan kaum Kadazandusun termasuklah persetujuan kerajaan Persekutuan mendirikan Kolej Kadazandusun dan Murut (KDM) di Kaingaran, Tambunan.

?Majlis pelancaran pecah tanah akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal bulan Jun ini.

?Ini membuktikan kerajaan negeri dan persekutuan memberi sokongan padu dan sentiasa mengutamakan kepentingan masyarakat Kadazandusun di negeri ini,? katanya.

Pairin berkata, perayaan Pesta Kaamatan ini amat bermakna kepada kaum petani kerana asal usul perayaan itu bermula dengan penghargaan ke atas usaha petani menghasilkan tuaian yang lumayan.

?Bagi kaum petani, saya berharap agar hasil ketekunan dan kesabaran dalam mengerjakan sawah akan terus mendatangkan hasil yang tinggi di tahun-tahun akan datang,? katanya.

(Sumber daripada?New Sabah Times 1st June, 2012)