Pesta Nunuk Ragang Satu Produk Pelancongan
17 Jul 2007

Oleh Henry Bating & Allan Dumbong RANAU: Kehadiran kita ke Nunuk Ragang memberikan satu perasaan bahawa di tempat inilah bermulanya cerita masyarakat Kadazandusun sekaligus memberikan kita kesedaran betapa perlunya masyarakat kita memiliki kesatuan pemikiran dan halatuju untuk memperbaiki kehidupan bersama.

Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata selain menawarkan ilmu pengetahuan dan kemasyarakatan, kunjungan ke Nunuk Ragang juga dapat menyumbang kepada usaha Kerajaan meningkatkan pendapatan penduduk setempat serta memperkembangkan lagi industri pelancongan di Negara ini.

?Kita tidak mengira apapun persatuan yang telah wujud untuk memelihara kebudayaan masyarakat kita kerana kita yakin apapun hasil usaha itu akan memberikan kebaikan kepada masyarakat kita,? kata Pairin.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Nunuk Ragang Ke-12 yang bersempena dengan Ulang Tahun Pertabalan Huguan Siou Kali Ke-23 di Tugu Nunuk Ragang kira-kira 55km dari sini pada Sabtu (7 Julai 2007).

Turut hadir bersama kira-kira 2,000 hadirin termasuk para pelancong asing dan pelajar institusi pengajian tinggi ialah Presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) Datuk Kalakau Untol dan rombongan yang terdiri daripada Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk George Sangkin. Juga berada di pesta itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Maximus Ongkili dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) seperti Dr. Joachim Gunsalam (Kundasang), Datuk Michael Asang (Labuk), Jahid Jahim (Tamparuli), Jornah Mozihim (Matunggong), Edward Yong (Tg Aru), Datuk Wong Lien Tatt (Karamunting), Edmund Chong (MP Batu Sapi), dan Datuk James Vitales (Timbalan Speaker DUN).

Pesta Nunuk Ragang yang telah tersenarai di dalam kalendar pelancongan negeri diadakan dua hari yang mana pada tahun ini, hari pertama diisi dengan ?Cabaran Kembara Nunuk Ragang? yang melibatkan jarak 8km. Sepanjang jarak itu para peserta menempuh aktiviti berbasikal, meredah hutan dan berakit di Sungai Liwogu. Turut diadakan ialah aktiviti kesenian seperti ?Rombituon Nunuk Ragang? yang diiringi Orkestra Koisaan.

Pada hari kedua adalah upacara ritual secara simbolik yang disebut ?Mongimuhau, Moningolig, Momolumaag?. Upacara ini melibatkan sekumpulan Bobolian (Pemimpin Rohani Kadazandusun) memberikan doa kepada Huguan Siou demi kesejahteraan hidup masyarakat Kadazandusun.

Kata Pairin lagi, Pesta Nunuk Ragang tahun ini mengambil tema ?the future shines through the wisdom of experience? yang menggambarkan tentang fungsi sejarah Nunuk Ragang dan menuntut pemahaman mendalam di kalangan para pengunjung.

Sementara itu Pairin memaklumkan bahawa kehadiran pemimpin Usda ke Pesta Nunuk Ragang tahun ini merupakan kesinambungan daripada satu perbincangan antara pemimpin KDCA-Usda sebelum ini tentang hasrat mereka untuk mewujudkan satu forum bersama membincangkan isu-isu berkaitan masyarakat Kadazandusun.

?Justeru saya bersetuju atas perbincangan itu yang meminta Huguan Siou menjadi pengerusi kepada forum yang akan dinamakan sebagai ?Goodwill Advisory Council? yang melibatkan Datuk Kalakau dan Datuk Wilfred Bumburing serta pucuk pimpinan KDCA dan Usda,? kata Pairin.

Manakala, Kalakau dalam satu reaksinya memaklumkan bahawa Usda mengambil pendekatan baru berganding bahu dengan KDCA dan meletakkan Huguan Siou sebagai pemimpin bersama.

?Untuk menandakan era baru Kadazandusun ini, satu upacara rasmi akan diadakan di Rumah Adat Lotud Tuaran yang juga bertujuan mengumpulkan para pemimpin KDCA dan Usda,? kata Kalakau.

Selepas upacara simbolik ritual

Sebahagian hadirin bersama Huguan Siou, Kalakau dan Wilfred Bumburing

Perarakan rasmi Huguan Siou bersama pengawal tradisi

Huguan Siou diarak ke balai upacara

Huguan Siou dan Datin Seri Genevieve ketika upacara simbolik ritual

Kalakau berbincang sesuatu dengan Pairin di majlis itu

Memotong kek ulang tahun Pesta Nunuk Ragang dan Pertabalan Huguan Siou

Bersama rombongan pelancong dari Jerman

 

Kalakau bersama Pairin dalam majlis ?mirumoh-rumoh?

07:07:07 Pesta Nunuk Ragang
03 Jul 2007
Oleh Henry Bating & Allan Dumbong RANAU: Pelbagai persiapan sudah disusun untuk menyambut kehadiran orang ramai termasuk pelancong asing sempena Pesta Nunuk Ragang Kali Ke-12 pada 7 Julai depan. Ketika meninjau persiapan, Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan diberikan taklimat mengenai beberapa tarikan yang turut dianjurkan sempena pesta itu. Pada tahun ini, kita mula menggunakan nama ?Pesta Nunuk Ragang? agar ianya selari dengan usaha Kerajaan mempromosi pelancongan di negeri ini,? demikian Pairin diberitahu oleh Pengerusi Penganjur, Dr. Othman Minudin. Menurut Dr. Othman yang juga Timbalan Presiden KDCA, Pesta Nunuk Ragang seperti pada tahun-tahun yang sudah juga diadakan bersamaan dengan Ulang Tahun Pertabalan Huguan Siou Ke-II yang pada tahun ini memasuki Tahun Ke-23. Kata Dr. Othman, ?Datuk Masidi Manjun dijadualkan berucap sebagai Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar, manakala Datuk Ewon Ebin dijadualkan berucap sebagai wakil rakyat Kawasan Paginatan di mana Tugu Nunuk Ragang itu terletak?. Pesta Nunuk Ragang yang telah dimasukkan di dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sabah, pada tahun ini turut menampilkan program lasak yang dikenali sebagai ?Nunuk Ragang Adventure Challenge? atau ?Cabaran Kembara Nunuk Ragang? yang diadakan pada 6 Julai. Cabaran berkumpulan dua orang berumur 18 tahun ke atas itu melibatkan acara lasak berlari dan berbasikal sejauh 8km dan berakit di Sungai Liwogu Kawananan sejauh 5km sehingga ke Tugu Nunuk Ragang. Orkestra Koisaan, sebuah orkestra yang dianggotai para graduan muzik etnik Kadazandusun turut mengalu-alukan hadirin dengan persembahan mereka yang berasaskan tradisi dan persembahan universal Sementara itu, Dr. Othman turut memaklumkan bahawa di Sungai Liwogu Kogibangan masih terdapat akar pokok Ara yang asal, yang oleh masyarakat Kadazandusun disebut ?Nunuk?. ?Akar Pokok Ara itu oleh sebahagian penduduk kampung pernah dicuba untuk mencabutnya secara beramai-ramai tanpa upacara khusus dan dikatakan orang-orang yang terlibat mengalami rasa sakit pada waktu malamnya ? kita mahu memperindahkan lokasi akar itu untuk dikunjungi oleh orang ramai,? kata Dr. Othman. Masyarakat Kadazandusun percaya bahawa mereka pada mulanya berasal dari Nunuk Ragang sebelum menyebar ke seluruh pelusuk Negeri Sabah.
Anugerah Pelajar Cemerlang Huguan Siou di Kota Belud
03 Jul 2007
Oleh Henry Bating & Allan Dumbong KOTA BELUD: Penerima awal Anugerah Pelajar Cemerlang Huguan Siou sejak ianya dimulakan 1995 telah menamatkan pengajian mereka dari universiti-universiti tempatan dan kini memegang peranan dan tanggungjawab penting di dalam pembangunan Negara. Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata persatuan itu berusaha menggalakkan pencapaian kecemerlangan akademik di kalangan etnik itu bagi menyumbang pencapaian hasrat Kerajaan dan memberikan sokongan moral kepada keluarga pelajar-pelajar berkenaan. Peluang untuk seluruh rakyat Malaysia menyambung pelajaran sehingga ke peringkat tinggi terbuka luas dan sama rata ? kita mahu berusaha agar para pelajar kita turut menikmati peluang itu tanpa ada yang tersisih,? kata Pairin. Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Huguan Siou Daerah Kota Belud di Dewan Masyarakat Tun Said di sini pada Sabtu (30Jun, 8pm). Menurut Pairin setakat ini majlis seumpama itu telah dilaksanakan oleh KDCA Daerah Ranau, Kota Marudu, Matunggong, Tambunan dan Kota Belud. Pairin turut menyebut bahawa penerima awal anugerah itu dari Ranau telah menamatkan pengajian peringkat Master Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan kini menjadi pensyarah di Kuala Lumpur. Manakala penerima awal anugerah itu dari Kota Marudu telah menamatkan pengajian bidang sains di Universiti Malaysia Sabah (UMS) beberapa tahun lalu dan kini bekerja di sektor awam. Sempena majlis itu, seramai 23 pelajar terpilih menerima anugerah itu di atas pencapaian cemerlang mereka di dalam peperiksaan 2006. Para penerima itu terdiri daripada 15 pelajar cemerlang UPSR yang masing-masing mendapat 5A, PMR (6 pelajar, 7A), SPM seorang 7A, 2B, 1C dan STPM seorang 5A. Dua daripada penerima anugerah tersebut turut dianugerahkan sebagai Pelajar Harapan iaitu Assie Zaee Petrus (UPSR) yang kini belajar di SMK Narinang dan Abdul Zulfiqar Abdul Hamid (STPM) yang kini menuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak. Mengiringi Pairin menyampaikan anugerah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Herbert Timbon Lagadan, Pengerusi Penyelaras KDCA Kota Belud Peter Marajin dan Pengerusi Penganjur James Muyau. Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk James Vitales, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Jahid Jahim, Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah Datuk Louis Rampas, Adun Inanam Johnny Goh dan Penolong Pegawai Daerah Hamdan Hj. Sarudin.